67) PROGRAM MAMOGRAM PERCUMA KEPADA WANITA SELANGOR (MAMMOSEL)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terbaru program ini dan beri statistik yang wanita yang telah berdaftar mengikut daerah dan DUN?
67) FESTIVAL THURATH ISLAMI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Saya melihat Festival Thurath Islami yang berlangsung baru-baru ini dan dihadiri YAB Perdana Menteri mampu memberi pengisian kerohanian yang baik kepada rakyat Selangor. Adakah ia akan diperluaskan di setiap peringkat daerah mengikut skala kecil dan besar?
67) PEMBANGUNAN BANDARAYA SHAH ALAM KIAN PESAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk pengangkutan darat di Bandar Shah Alam?
-
Apakah usaha pengangkutan untuk menghubungkan pusat-pusat komersial di MBSA?
67) PEMILIHAN KETUA KAMPUNG
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bersedia untuk mengadakan pemilihan ketua kampung (kg Cina dan Melayu) di seluruh Selangor?
67) PROGRAM MODAL INSAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai jumlah peserta program SPIES yang telah mengikuti program tersebut dalam 2 tahun pelaksanaannya?
-
Sila pecahkan mengikut daerah, umur dan bangsa yang telah mengikuti program tersebut.
-
Apakah kayu ukur yang digunakan untuk menilai kejayaan SPIES?
67) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan projek rumah Selangorku yang telah siap dibina secara terperinci seperti jumlah unit, unit yang belum dijual dan sebagainya
-
Adakah pemaju menghadapi masalah menubuhkan JMB bersama pemilik rumah Selangorku? Jika ya, nyatakan butir-butirnya dan cara mengatasinya
67) JENAYAH DI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sering diperkatakan jenayah di Selangor menurun. Benarkah dakwaan ini?
-
Berapakah statistik perbandingan kadar jenayah di Selangor sejak 2005?
-
Apakah tindakan yang diambil bagi mengurangkan jenayah di Selangor?
67) BUDAYA INOVASI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah KNS mempunyai program khusus bagi memupuk budaya inovasi di kalangan masyarakat di Selangor? sila nyatakan.
-
Apakah bentuk aktiviti/program keutamaan Inovasi yang dilaksanakan?
-
Kumpulan sasaran manakah yang diberikan tumpuan? contoh suri rumah dan lainlain
67) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Antara program merakyatkan kerja-kerja kebajikan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah dengan mewujudkan Pusat Dialisis Rakyat. Apakah matlamat dan sasaran yang hendak dicapai oleh kerajaan dalam melaksanakan program ini?
-
Berapa banyakkah pusat-pusat seperti ini disasarkan penubuhannya dalam tahun 2010 hingga tahun 2012?
-
Apakah kaedah pembiayaan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam mewujudkan setiap pusat seperti ini dan berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam mewujudkan pusat-pusat ini?
67) PENYELENGGARAAN SAMPAH OLEH PBT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah tahap penyelenggaraan sampah di kawasan PBT ketika ini?
-
Adakah jumlah pekerja mencukupi untuk mengendalikan pembersihan sampah di kawasan tadbiran PBT yang semakin membesar
-
Nyatakan kos penyelenggaraan sampah terkini mengikut PBT dari segi bayaran gaji dan peralatan?