66) PENCAPAIAN DAN KAD LAPORAN EXCO PEBS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan program, aktiviti dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh setiap EXCO PEBS selepas dilantik secara terperinci.
66) BADAN YANG MENGURUS PERMOHONAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Tahun 2010, kerajaan negeri telah melantik sebuah badan untuk menguruskan permohonan daripada mereka-mereka yang tiada kad pengenalan dan yang berkaitan. Berapakah permohonan yang telah diterima dan berjaya mendapat kad pengenalan
-
Senaraikan permohonan yang diterima mengikut kawasan
66) PELARASAN GRED DAN GAJI GURU KAFA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah elaun terkini diterima?
-
Apakah ada apa-apa halangan pelaksanaan ini?
-
Sudahkah tindakan diambil bagi penyelarasan gred gaji serta insentif telah dibuat?
66) PEMBINAAN RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Terdapat kuil atau tokong yang dibina di kawasan perumahan yang memang dari sudut undang-undang tidak dibenarkan pembinaannya kecuali mendapat kebenaran atau permit dari pihak berkuasa tempatan. Mengapakah tindakan tegas dan awal serta pro-aktif tidak diambil terhadap rumah-rumah ibadah tersebut sebelum ianya tersergam dan menimbulkan kontroversi apabila tindakan di ambil di saat-saat akhir .?
-
Adakah seseorang EXCO itu mempunyai kuasa yang boleh mengatasi atau menyanggahi mana-mana keputusan mesyuarat yang telah di luluskan oleh Full Council Meeting di peringkat PBT ?
66) PENCEMARAN SUNGAI DI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Selangor sering mengalami pencemaran sungai. Senaraikan jumlah bilangan pencemaran yang melibatkan sungai dari tahun 2015 hingga 2019.
-
Nyatakan tindakan yang telah diambil terhadap pesalah
66) HAMPER RAYA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat-syarikat pembekal yang telah dilantik bagi membekalkan hamper raya ke seluruh 56 DUN.
-
Senaraikan harga yang dibayar bagi item-item:- beras, beehon, ketupat segera, minyak masak dan kordial.
-
Apakah proses-proses yang digunakan dalam melantik syarikat-syarikat pembekal ini?
66) KEPERLUAN DASAR BARU UNTUK PEMBANGUNAN BANDAR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah proses untuk mengubah ketetapan 'plot ratio' (contohnya nisbah 1:4) untuk kawalan pembangunan bercampur, ketumpatan (16-20 unit dalam satu ekar) untuk keperluan perumahan dan nisbah tempat letak kereta yang kini sering kali tidak sesuai dipakai di kawasan bandar kerana masalah trafik dan kepadatan penduduk?
66) BANGUNAN WARISAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kawasan/bangunan warisan yang dikenal pasti dan digazet sebagai warisan negeri/negara mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008- 2013.
-
Apakah kriteria untuk sesuatu kawasan/bangunan boleh diiktiraf sebagai warisan dan badan manakah yang bertanggungjawab untuk menilai dan meluluskan pengiktirafan ini?
-
Apakah insentif yang disediakan oleh Jabatan berkenaan untuk memulihara kawasan/bangunan warisan?
66) PROJEK RIVER OF LIFE DI SELURUH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi Projek River of Life di seluruh Negeri Selangor dan apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap projek yang seharusnya melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini ?
66) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peruntukan MARRIS yang telah dipertuntukan pada tahun 2015 mengikut jabatan, kategori dan pencapaian perlaksanaannya masing- masing.
-
Jelaskan perancangan penggunaan peruntukan MARRIS di dalam kawasan rumah pangsa kos rendah.