7) KEJADIAN TUMPAHAN MINYAK DI SUNGAI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah hasil siasatan kejadian tumpahan minyak yang mengakibatkan tiga loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa ditutup pada 12 Oktober 2014?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kawalan yang lebih ketat di Sungai Selangor untuk mengelakkan kejadian sedemikian berlaku?
7) INFRASTUKTUR LEBUH RAYA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah konsesi lebuh raya yang telah diluluskan di Negeri Selangor?
-
Apakah konsesi lebuh raya yang masih dalam perancangan di Negeri Selangor?
7) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini IKS di Negeri Selangor?
-
Sila huraikan apakah implikasi yang dihadapi oleh IKS sejak cukai GST dilaksanakan?
-
Sila nyatakan apakah insentif dan bantuan serta bimbingan yang dilakukan oleh KNS bagi membantu para usahawan IKS di Negeri Selangor?
7) SISTEM PENTADBIRAN PEMAJU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Sistem Pentadbiran Pemaju dilaksanakan dan bagaimana ianya memantau prestasi pemaju di Selangor termasuk aspek keselamatan pekerja?
-
Apakah tindakan undang-undang terhadap syarikat-syarikat pembinaan dan kontraktor yang melanggar undang-undang keselamatan pekerja berikutan kematian orang awam di Bukit Bintang baru-baru ini?
7) DEWAN KOMUNITI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan untuk menyelesaikan isu kekurangan Dewan Komuniti di kawasan Bandar Tasik Puteri, Bandar Country Homes dan Batu Arang?
-
Terdapat banyak dewan bawah pengurusan PBT menghadapi masalah uzur dan kerosakan, apakah tindakan Kerajaan untuk masalah tersebut?
7) MISKIN BANDAR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Kajian oleh UNICEF baru-baru ini telah mendapati kanak-kanak di kawasan bandar yang berpendapatan rendah mengalami tumbesaran yang terbantut. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor terhadap laporan ini?
7) WIFI PERCUMA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi pelaksanaan program WiFi percuma di seluruh Negeri Selangor?
-
Berapakah kos keseluruhan yang telah dibelanjakan?
-
Bilakah peluasaan program WiFi percuma akan dilaksanakan?
7) KERAJAAN NEGERI TELAH MELANCARKAN TAHUN MELAWAT SELANGOR DENGAN TEMA SELANGOR SHINE SEBELUM INI
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah Program Selangor Shine berjaya?
-
Berapakah bilangan pelancong yang datang ke Selangor?
-
Adakah pembinaan banyak hotel bajet baru menyumbang program Selangor Shine?
7) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah dari peruntukan RM30,000 untuk PWB yang telah dibayar kepada DUN untuk tahun ini? Sila nyatakan pecahan mengikut DUN.
-
Apakah program-program yang telah dilaksanakan dari peruntukan tersebut?
-
Bagaimanakah program-program tersebut dapat memberdaya dan mengubah nasib wanita?
7) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan peruntukan Kuota Bumiputra dalam pembelian rumah di Negeri Selangor?
-
Adakah perbezaan garis panduan peruntukan Kuota Bumiputra pada penjualan rumah Selangorku?
-
Adakah penghapusan Kuota Bumiputra terpakai pada penjualan rumah Selangorku?