66) PINTU GERBANG HARAM DI ATAS TANAH KERAJAAN (RIZAB JALAN) DI MUKIM KAPAR, DAERAH KLANG, NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Satu pintu gerbang telah didirikan tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri di atas tanah Kerajaan (Rizab Jalan) di Mukim Kapar, Daerah Klang, Negeri Selangor di mana Pentadbir Tanah Klang telah mengeluarkan Notis menurut Seksyen 425 dan Seksyen 426A(1)(c) Kanun Tanah Negara bertarikh 2 Februari 2017 kepada pemilik pintu gerbang tersebut tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil. Apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor memandangkan pintu gerbang tersebut dibantah oleh ramai penduduk-penduduk di kawasan tersebut?
66) TINDAKAN PBT KEPADA PENIAGA ASING HARAM
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Masih ramai pendatang-pendatang asing dari kalangan rakyat Myanmar, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia yang sewenang-wenang nya membuka kedai gunting rambut, warung makanan, pasar jual sayur dan buah-buahan tanpa rasa gentar langsung kepada pihak berkuasa. Peniaga-peniaga tempatan yang di beri lesen pula menyewakan premis-premis perniagaan mereka kepada peniaga-peniaga asing bagi meraih keuntungan yang mudah. Orang ramai pun tahu perkara ini. Sampai bilakah kemelut ini akan berlarutan dan apakah bentuk-bentuk perubahan dan tindakan berkesan yang patut di ambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah ini ?
66) KERJASAMA DENGAN NEGERI SEMBILAN UNTUK MENYOKONG PEMBANGUNAN INDUSTRI PENERBANGAN DI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Dalam sidang DUN yang lepas telah dijawab perkara ini masih dalam proses perancangan di mana baik buruk setiap opsyen telah dikenal pasti. Apakah perkembangan terkini cadangan ini?
66) PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kes-kes pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap kilang-kilang dan individu-individu di Daerah Hulu Selangor bagi tahun 2017 dan 2018 dengan terperinci.
66) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menetapkan satu piawaian standard untuk menilai prestasi setiap DUN yang menjalankan Pusat Wanita Berdaya?
-
Mengapakah pelantikan calon PWB tidak di iklankan di media sebagai pilihan kedua Kerajaan Negeri?
-
Apakah cara orang awam boleh menilai prestasi seseorang PWB?
66) RANCANGAN INFRASTRUKTUR KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan demi menyelesaikan masalah infrastruktur yang tidak teratur di kampung tradisi?
66) PPAS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Kenapakah kerajaan mengambil masa yang terlalu lama untuk menaiktaraf PPAS Lembah Jaya Selatan.
-
Senaraikan nama-nama kontraktor serta jumlah peruntukan yang telah keluarkan bagi membaikpulih perpustakaan tersebut.
-
Bilakah ianya akan dibuka.
66) PROGRAM BANTUAN SKIM FOODSTAMP KEPADA KELUARGA BAWAH PENDAPATAN RENDAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk barangan menepati keperluan makanan asas berkhasiat penerima?
-
Bolehkah dipermudahkan pemberian ini kepada bentuk baucar bulanan?
-
Bolehkah nilai bantuan dinaikkan kepada minima RM100?
66) MANIFESTO BIMBINGAN PERNIAGAAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah cara pengambilan peserta dan penghebahan kepada golongan belia untuk menyertai bimbingan ini?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan bagi memastikan manifesto ini mencapai matlamatnya?
-
Nyatakan jumlah program keusahawanan mengikut daerah dan DUN dari 2008 hingga kini?
66) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN BATANG KALI
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini projek Mengganti dan Melebarkan Jambatan di atas Sungai Batang Kali FT001/438/10 iaitu simpang ke Genting Highland? Jika ya, nyatakan kos sebenar projek tersebut selepas 4 kali EOT diberikan kepada kontraktor.
-
Adakah proses pengalihan utiliti yang melibatkan kabel TNB , kabel TM dan paip air telah selesai? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.