66) BADAN YANG MENGURUS PERMOHONAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Tahun 2010, kerajaan negeri telah melantik sebuah badan untuk menguruskan permohonan daripada mereka-mereka yang tiada kad pengenalan dan yang berkaitan. Berapakah permohonan yang telah diterima dan berjaya mendapat kad pengenalan
-
Senaraikan permohonan yang diterima mengikut kawasan
66) BERITA PALSU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah kerajaan untuk menangani berita palsu? Sebagai contoh ada pihak yang melakukan 'stunt' kononnya Quran tidak diendah ketika perobohan kampung baru-baru ini namun sebaliknya yang berlaku.
66) PROJEK PERUMAHAN TRIUMP CITY
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Projek Perumahan Triump City sudah terbengkalai agak lama menyebabkan MPAJ kerugian besar bagi menampung sewa rumah para pembeli; Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku?
-
Nyatakan jumlah yang ditanggung oleh MPAJ bagi membayar sewa pembeli-pembeli (pemindahan) dari mula hingga kini.
66) PEMBINAAN RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Terdapat kuil atau tokong yang dibina di kawasan perumahan yang memang dari sudut undang-undang tidak dibenarkan pembinaannya kecuali mendapat kebenaran atau permit dari pihak berkuasa tempatan. Mengapakah tindakan tegas dan awal serta pro-aktif tidak diambil terhadap rumah-rumah ibadah tersebut sebelum ianya tersergam dan menimbulkan kontroversi apabila tindakan di ambil di saat-saat akhir .?
-
Adakah seseorang EXCO itu mempunyai kuasa yang boleh mengatasi atau menyanggahi mana-mana keputusan mesyuarat yang telah di luluskan oleh Full Council Meeting di peringkat PBT ?
66) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan rumah selangorku yang telah dibina antara tahun 2018 hingga 2023.
-
Perincikan statistik permohonan rumah selangorku yang telah diterima, jumlah permohonan yang telah diluluskan dan jumlah permohonan yang ditolak.
-
Apakah perancangan kerajaan dalam menambahbaikkan pemprosesan permohonan dan penambahan pembinaan?
66) HAMPER RAYA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat-syarikat pembekal yang telah dilantik bagi membekalkan hamper raya ke seluruh 56 DUN.
-
Senaraikan harga yang dibayar bagi item-item:- beras, beehon, ketupat segera, minyak masak dan kordial.
-
Apakah proses-proses yang digunakan dalam melantik syarikat-syarikat pembekal ini?
66) HUTAN LIPUR SUNGAI CONGKAK
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah penaiktarafan yang telah dilakukan oleh kerajaan kepada kawasan Pusat Rekreasi Sungai Congkak?
66) KEPERLUAN DASAR BARU UNTUK PEMBANGUNAN BANDAR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah proses untuk mengubah ketetapan 'plot ratio' (contohnya nisbah 1:4) untuk kawalan pembangunan bercampur, ketumpatan (16-20 unit dalam satu ekar) untuk keperluan perumahan dan nisbah tempat letak kereta yang kini sering kali tidak sesuai dipakai di kawasan bandar kerana masalah trafik dan kepadatan penduduk?
66) BANGUNAN WARISAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kawasan/bangunan warisan yang dikenal pasti dan digazet sebagai warisan negeri/negara mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008- 2013.
-
Apakah kriteria untuk sesuatu kawasan/bangunan boleh diiktiraf sebagai warisan dan badan manakah yang bertanggungjawab untuk menilai dan meluluskan pengiktirafan ini?
-
Apakah insentif yang disediakan oleh Jabatan berkenaan untuk memulihara kawasan/bangunan warisan?
66) STATISTIK JENAYAH SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah kadar jenayah di Selangor sejak Januari 2021? Nyatakan jenis jenayah yang paling kerap berlaku.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani isu ini?
-
Apakah status terkini dalam usaha CCTV Kerajaan Negeri untuk membasmi kegiatan jenayah? Berapa CCTV yang telah dipasang pada tahun 2020 dan 2021?