66) GLC KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan nama ahli politik, ADN atau Ahli Parlimen yang duduk di mana-mana GLC Kerajaan Negeri Selangor
-
Adakah mereka menerima elaun atau gaji sebagai non-executive director? Sila senaraikan secara terperinci.
66) BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA ANAK-ANAK PEKERJA LADANG
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memberi semua perangkaan tentang bantuan persekolahan kepada anak-anak pekerja ladang seperti bantuan beg sekolah, subsidi tambang bas dan lain-lain di Selangor amnya dan daerah Hulu Selangor khasnya.
66) KEBAJIKAN DI BULAN RAMADAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Bulan Ramadhan dikenali juga `Bulan Kebajikan`. Sejauh manakah kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Kebajikan mengeluarkan peruntukan bagi kebajikan pada bulan tersebut?
-
Bidang kebajikan yang mana diberi keutamaan?
-
Kawasan mana di negeri Selangor yang banyak diberi peruntukan kebajikan?
66) KEJAYAAN PERTANIAN SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah kejayaan di sektor pertanian Selangor setakat ini?
-
Sejauh manakah sumbangan sektor pertanian terhadap KDNK negeri sekarang?
-
Apakah projek pertanian berimpak tinggi di bawah kerajaan Pakatan sejak 2008 hingga 2012?
66) MASALAH PENGGANGGURAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Setakat ini,berapakah jumlah orang yang telah berdaftar di bawah Projek Selangor Retrenchment Helpline (SRH)?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri sedia membantu mereka yang telah berdaftar di bawah Projek SRH?
-
Berapa jumlah / peratus yang telah berjaya mendapat pekerjaan baru melalui program ini?
66) PROJEK LAMAN DAPUR (PEKAWANIS)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah konsep dan objektif Projek Laman Dapur?
-
Apakah status projek ini dan bagaimanakah pemilihan mereka yang terlibat?
-
Dari sejumlah lebih RM 170 ribu yang dibelanjakan, apakah impak value for money projek ini?
66) KADAR CUKAI TANAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kadar cukai tanah untuk zon industri bagi status mukim, pekan dan bandar, mengikut pecahan daerah untuk tahun 1995 dan tahun 2011 masing-masing.
-
Apakah jabatan yang bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan menentukan kadar cukai tanah di Negeri Selangor dan apakah prosedur penentuan kadar cukai tanah?
-
Apakah kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kadar cukai tanah untuk zon industri di Negeri Selangor?
66) PROJEK THE BOSS SERVICE SUITES TERBENGKALAI SEJAK TAHUN 2015
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini tentang projek terbengkalai tersebut?
-
Apakah tarikh dan kandungan Perjanjian Jual Beli yang dikatakan telah ditandatangani oleh liquidator dan pembeli baru?
-
Bila pembangunan dijangka disambung semula?
66) PEMBANGUNAN SUKAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Kali terakhir kontingen Selangor memenangi kutipan pingat tertinggi adalah pada edisi tahun 2016 di Negeri Sarawak, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengulangi kejayaan tersebut pada edisi seterusnya tahun 2024 juga di Negeri Sarawak?
66) KUTIPAN SEWA PARKIR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Senaraikan syarikat swasta yang bekerjasama dengan PBT dalam usaha kutipan sewa parkir dengan tempoh kontrak dan nisbah pembahagian keuntungan masing-masing
-
Adakah kerajaan negeri merancang untuk menamatkan kontrak syarikat yang tidak memberi nisbah keuntungan yang adil kepada PBT?