65) PERTAMBAHAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menambah jumlah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memandangkan kepesatan penduduk dan pegangan-pegangan aset di PBT-PBT begitu pesat dan cepat, umpamanya, mewujudkan Majlis Perbandaran Bangi dengan memisahkannya daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)?
65) SETIAP TAHUN JUMLAH PELAJAR YANG MEMOHON BANTUAN PINJAMAN DARI YAYASAN SELANGOR MENINGKAT DENGAN KADAR YANG SIGNIFIKAN DENGAN KEJAYAAN ANAK-ANAK SELANGOR DALAM PELBAGAI BIDANG. NAMUN JUMLAH KEMUDAHAN TIDAK BERKEMBANG SEIRING KEPERLUAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri dapat memastikan lebih banyak pelajar luar bandar mendapat akses kepada biasiswa dan pinjaman untuk pendidikan tinggi?
65) WABAK DENGGI MENULAR DAN KES CHIKUGUNYA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan langkah-langkah drastik dan keberprihatinan yang telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab dalam pembasmian nyamuk aedes dan kes Chikugunya di samping penyertaan orang ramai dalam menjaga kebersihan kawasan.
-
Sejauh manakah tindakan yang dikenakan oleh pihak yang bertanggungjawab kepada mereka yang didapati bersalah kerana menjadikan premis mereka tempat pembiakan nyamuk aedes terutama di tapak-tapak projek yang terbengkalai?
-
Sila beri perincian berkenaan kawasan yang telah dikenal pasti berisiko tinggi dalam kes demam denggi dan chikugunya dalam tempoh pemantauan pihak yang bertanggungjawab.
65) SEKOLAH MENENGAH AGAMA VOKASIONAL
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Semasa mengumumkan kenaikan guru agama KAFA Selangor pada awal November 2008, YAB DATO' Menteri Besar Selangor mencadangkan agar didirikan Sekolah Menengah Agama vokasional di negeri Selangor. Sejauh manakah tindakan bagi mendirikan Sekolah Menengah Agama Vokasional ini telah diambil?
-
Berapa buah sekolah sedemikian dijangka didirikan pada peringkat permulaan?
-
Adakah sebarang kerjasama diharapkan dari Kementerian Pelajaran Persekutuan?
65) ZON BERSIH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan mengaktifkan semula program zon bersih sebagai usaha membersihkan kawasan-kawasan hotspot didalam Negeri Selangor?
-
Apa perancangan kerajaan tentang program zon hijau dan negeri hijau?
65) LOJI RAWATAN AIR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca utama yang menyebabkan operasi LPA Batu 11 Cheras dan LPA Bukit Tampoi dihentikan pada penghujung bulan Januari 2014?
-
Apakah tindakan yang akan atau telah diambil terhadap, pencemar sumber air kita?
-
Apakah usaha jangka panjang kerajaan untuk mencegah dari berulangnya kejadian-kejadian pencemaran?
65) BIRO TATANEGARA (BTN)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah program latihan yang akan menggantikan modul Biro Tatanegara (BTN) bagi semua pelajar-pelajar IPT milik Kerajaan Negeri?
65) PLAN PERALIHAN TENAGA NASIONAL (NETR)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan rakyat Negeri Selangor benar-benar mendapat manfaat sepenuhnya dari segi ekonomi dan keselesaan hidup hasil daripada Plan Peralihan Tenaga ini?
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk mewujudkan ‘carbon compliance market' bagi merancakkan usaha mencapai sasaran ‘net zero emission 2050'?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan hak menguruskan karbon di Negeri Selangor kekal di bawah Kerajaan Negeri?
65) KUTIPAN CUKAI DI PASAR BESAR, TUNGGAKAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kutipan cukai perniagaan yang dikutip di Pasar besar Meru sepanjang tahun 2012?
-
Berapakah jumlah peniaga yang beroperasi di pasar Besar Meru?
65) KEGAWATAN EKONOMI DUNIA MAKIN PULIH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah terjejasnya ekonomi negeri Selangor semasa dunia mengalami kemerosotan ekonomi?
-
Apakah sektor yang paling teruk terjejas?
-
Sejauh manakah langkah-langkah yang diambil bagi mengekang kemerosotan ekonomi negeri Selangor dalam masa kegawatan tersebut?