65) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Bilakah jangkaan siap sepenuhnya pelupusan sisa pepejal di kawasan Jeram?
-
Apakah jaminan baik pulih infra yang telah rosak akibat laluan pengangkutan sisa pepejal yang selalu menggunakan jalan kampung?
-
Apakah tanggungjawab CSR kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan tapak pelupusan pepejal?
65) PENURAPAN JALAN LUAR BANDAR DESA & KAMPUNG
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca dan sebab permohonan menggunakan peruntukan MARRIS untuk menurap kawasan jalan / lorong / lorong belakang rumah di sekitar luar bandar, desa dan kampung tidak dibenarkan? Sedangkan kewujudan sebahagian besar kawasan perkampungan bermula sebelum zaman kemerdekaan Malaysia
-
Apakah keputusan yang diambil oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat mengenai permohonan yang dihantar untuk menurap jalan, lorong dan lorong belakang rumah kawasan Kampung Telok Datok, Kampung Fatimah, Kampung Sungai Sedu, dan juga permohonan lot-lot tanah jalan persendirian yang telah dihantar?
-
Mengapakah proses pertimbangan dan keputusan memakan masa yang terlalu lama?
65) PROJEK ECRL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek ECRL yang melibatkan parlimen Kapar?
-
Apakah isu pemindahan tanah perkuburan Islam Selat Klang yang melibatkan kerja-kerja ECRL telah diselesaikan dengan pihak waris?
65) PROMOSI PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan program promosi pelancongan Negeri Selangor dan perbelanjaannya dari bulan Januari hingga Jun 2019.
-
Senaraikan rancangan pelancongan dalam Negeri Selangor mengikut DUN.
65) OPERASI BERSEPADU PENIAGA ASING
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah operasi bersepadu yang telah dilakukan oleh MBPJ dan MBSA di DUN Kota Damansara?
-
Apakah tindakan PBT terhadap penyewa yang menyewa kepada warga asing?
-
Apakah rancangan PBTterhadap pasar malam yang telah di jajah oleh warga asing?
65) STATUS PEMILIKAN TANAH KEDIAMAN SEKSYEN 3 PETALING JAYA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Bertulis
-
Adakah pernah terdapat permohonan pertukaran status pemilikan tanah kediaman oleh penduduk Seksyen 3 Petaling Jaya sebelum ini?
-
Adakah benar wujud klausa khusus untuk rakyat beragama Islam atau berbangsa Melayu sahaja di situ?
-
Adakah terdapat sebarang rekod berkaitan dengan status hakmilik di kawasan tersebut di pihak Kerajaan Negeri?
65) KEBERKESANAN USAHA MEMBASMI DENGGI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Penjelasan Exco Kesihatan tentang status terkini isu denggi di Selangor.
-
pakah keberkesanan tindakan yang telah diambil akibat peningkatan kes denggi di Selangor?
65) GARIS PANDUAN KECERAHAN PAPAN IKLAN LED
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah Garis Panduan Papan Iklan Luar LED Kerajaan Negeri berkaitan dengan kecerahan?
-
Adakah garis panduan ini dipraktis secara seragam di kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bawah Kerajaan Negeri Selangor atau berbeza mengikut PBT?
-
Jawatankuasa manakah yang telah menetapkan Garis Panduan ini?
65) STATUS PROJEK RUMAH SELANGORKU, TAMAN UKAY INDAH, SUNGAI SERING
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek rumah Selangorku, Taman Ukay Indah, Sungai Sering selepas majlis pecah tanah yang diadakan pada 22 Februari 2014?
-
Bilakah para pembeli boleh menduduki kediaman Rumah Selangorku tersebut?
65) KAMPUNG BAGAN CINA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kampung-kampung Bagan Cina yang terdapat di Negeri Selangor dan senaraikan nama-nama kampung tersebut ?
-
Sila nyatakan status pemilikan tanah penduduk kampung-kampung tersebut ?
-
Sejauh manakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan hak milik kekal kepada mereka ?