65) SEKTOR PELANCONGAN DALAM KRISIS COVID19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bagaimana PKP telah menjejas industri pelancongan Negeri Selangor?
-
Berapakah hotel telah ditutup disebabkan krisis Covid19 sejak perlaksanaan PKP?
65) JUMLAH PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai peruntukan pendidikan telah diagihkan kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah UEC dalam tahun 2013-2016
-
Sila kemukakan senarai penerima-penerima berserta jumlah diberikan untuk jawapan (a).
65) PROJEK USAHA SAMA ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN SEKTOR SWASTA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jenis projek dan jumlah nilai projek usaha sama antara Kerajaan Negeri Selangor dan sektor swasta daripada tahun 2007-2011?
-
Apakah dasar yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi menyediakan pasaran yang kompetitif bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan Negeri Selangor?
65) PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN PEMBASMIAN KEMISKINAN KAUM INDIA DAN PEKERJA LADANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Berapa peratus belia, dewasa dan usia emas dalam golongan keluarga pekerja ladang?
-
Apakah ada apa-apa perbincangan Kerajaan Selangor dan majikan bagi menambah baik taraf ekonomi, pendidikan dan sosial golongan ini?
-
Bagaimanakah status kediaman pekerja yang telah bersara?
65) PENYELARASAN WAKTU PEMOTONGAN RUMPUT JKR DAN KDEB
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar waktu pemotongan rumput JKR dan KDEB yang berbeza di dalam satu kawasan yang sama telah menyebabkan orang awam meragui kecekapan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melaksanakan kerja? Jika ya, nyatakan cadangan KDEB supaya penyelarasan waktu dengan JKR boleh dilakukan.
65) BAS SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Berapa laluan tambahan terbaru dan di daerah mana?
-
Berapa buah bas keseluruhan yang digunakan setakat hari in
-
Berapa kos pembelian keseluruhan bagi setiap unit bas termasuk bagi bas laluan terkini?
65) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan anggaran bilangan pelancong yang akan melawat ke Selangor pada tahun 2020.
-
Apakah rancangan kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Selangor pada Tahun Melawat Malaysia 2020?
65) PUSAT REKREASI AIR TERJUN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pusat rekreasi air terjun yang terdapat di Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan kawasan rekreasi air terjun kekal bersih dan selamat?
65) BERAPA RAMAIKAH PEMAIN NEGERI SELANGOR BERJAYA DISERAP MASUK MEWAKILI NEGARA UNTUK BERTANDING DI SUKAN SEA TAHUN 2017 KUALA LUMPUR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan butir-butir seperti acara bertanding dan sasaran pingat?
65) YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pihak pengurusan dan lembaga pengarah YAWAS?
-
Apakah fungsi penubuhan YAWAS dan skim kelolaannya?
-
Apakah jaminan kejayaan skim ini dan adakah ia patuh syariah?