64) SELANGOR JOB FAIR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran Kerajaan untuk Program Selangor Job Fair 2020?
-
Adakah program ini akan diadakan mengikut Daerah atau DUN didalam Negeri Selangor?
64) PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN BUKIT CERAKAH
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan Hutan Simpan Bukit Cerakah terus dipelihara dan dijamin dari pencerobohan dan penerokaan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab?
64) PROJEK PELUASAN CULVERT-CULVERT DI LORONG CHINNIAH DAN JALAN RAJA LUMU DI PERSIMPANGAN LEBOH PENDAMAR OLEH MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Walaupun UPEN telah meluluskan perbelanjaan projek tersebut, kerja masih belum dimulakan sehingga kini. Apakah sebab kelewatan tersebut?
-
Bila kerja akan dapat dimulakan di tapak?
-
Berapa lama projek tersebut akan dapat disempurnakan?
64) PROJEK LANGAT 2
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini berkenaan pelaksanaan Projek Langat 2
-
Nyatakan jumlah peningkatan kos pembinaan Projek Langat 2
64) BANJIR DI SELANGOR DAN DI DAERAH KLANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak kerajaan merujuk "Best Practices" untuk mengatasi masalah banjir kilat dan banjir termenung di Selangor?
-
Sejauh manakah pembersihan parit dilaksanakan mengikut jadual khususnya di daerah Klang?
64) NOTIS 8A KANUN TANAH NEGARA 1965
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butiran terperinci mengenai jumlah Notis 8A yang dikeluarkan dan berapakah jumlah tanah yang berjaya dirampas sejak 2010-2014 mengikut pecahan daerah ?
-
Sila nyatakan keberkesanan kaedah ini dalam konteks memungut hasil cukai tanah yang tertunggak ?
64) KEKOSONGAN JAWATAN AHLI MAJLIS DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kekosongan Ahli Majlis yang masih ada lagi setakat Januari 2017?
-
Apakah sebab kekosongan berkenaan berlaku?
-
Apakah polisi Kerajaan untuk memastikan kawasan zon Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak mempunyai Ahli Majlis dijaga dengan baik?
64) PEMOTONGAN METER AIR PREMIS SEKOLAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Rendah Kebangasaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang bekalan air dipotong oleh Air Selangor Sdn Bhd akibat tunggakan bil air sejak 2017.
-
Apakah SOP yang digunapakai oleh Air Selangor untuk melaksanakan operasi pemotongan meter air ke atas premis sekolah?
-
Adakah Air Selangor sedar bahawa operasi pemotongan meter air di SJKC Rasa, Hulu Selangor telah menjejaskan imej Kerajaan Negeri yang peduli rakyat?
64) KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah program kerajaan prihatin, selama ini mencapai matlamat dalam mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat?
-
Apakah program-program yang bersifat memberi kesan jangka masa panjang dan mengajar berdikari, yang dirancang untuk tahun ini untuk meningkatkan ekonomi masyarakat?
64) PRESTASI ATLET SUKAN MALAYSIA (SUKMA) NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah persiapan yang telah dilakukan oleh Majlis Sukan Negeri dalam menghadapi SUKMA akan datang.
-
Berapakah jumlah pingat yang disasarkan pada SUKMA akan datang?
-
Nyatakan prestasi atlet SUKMA Selangor pada tahun ini?