64) KADAR BERHENTI SEKOLAH DI DAERAH PETALING
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kadar berhenti sekolah di daerah Petaling sejak Januari 2021? Sila nyatakan mengikut jenis sekolah.
-
Apakah faktor-faktor utama yang menyumbang kepada murid/pelajar berhenti sekolah?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini?
64) PROJEK LANGAT 2
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini berkenaan pelaksanaan Projek Langat 2
-
Nyatakan jumlah peningkatan kos pembinaan Projek Langat 2
64) PENULARAN COVID-19
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah tahap kawalan terhadap penularan COVID-19 sepanjang tahun 2022?
64) NOTIS 8A KANUN TANAH NEGARA 1965
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butiran terperinci mengenai jumlah Notis 8A yang dikeluarkan dan berapakah jumlah tanah yang berjaya dirampas sejak 2010-2014 mengikut pecahan daerah ?
-
Sila nyatakan keberkesanan kaedah ini dalam konteks memungut hasil cukai tanah yang tertunggak ?
64) KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah program kerajaan prihatin, selama ini mencapai matlamat dalam mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat?
-
Apakah program-program yang bersifat memberi kesan jangka masa panjang dan mengajar berdikari, yang dirancang untuk tahun ini untuk meningkatkan ekonomi masyarakat?
64) SEKTOR PERIKANAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah bilangan nelayan persisiran pantai di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan kaum ?
-
Sila kemukakan jumlah bilangan nelayan permit B yang masih beroperasi di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan kaum serta kenapa permohonan mengupah pekerja masih tidak dibenarkan ?
-
Sila nyatakan secara detail apakah masalah dan cabaran utama perikanan serta sumbangan terhadap ekonomi Negeri Selangor ?
64) BIASISWA NEGERI SELANGOR UNTUK SEMUA LAPISAN PELAJAR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jenis-jenis program biasiswa yang kini terdapat di bawah Kerajaan Negeri Selangor secara terperinci (mengikut sekolah menengah, kolej, universiti, dan lain-lain) dan bilakah tarikh permohonan untuk biasiswa-biasiswa tersebut?
-
Sila nyatakan cara permohonan secara terperinci termasuk terma dan syarat kelayakan, untuk setiap jenis program biasiswa yang telah disenaraikan di bahagian a)
64) SENIMAN DAN KARYAWAN JALANAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan terhadap rakyat Selangor yang bergiat dalam seni jalanan di sekitar Kuala Lumpur?
-
Seniman dan karyawan jalanan diperakui dan dihargai di beberapa negara jiran, apakah rancangan Kerajaan Negeri?
-
Apakah program kebajikan yang bakal disediakan untuk mereka?
64) LORI KOMPAKTOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah perbelanjaan untuk membeli lori kompaktor?
-
Berapakah jumlah lori kompaktor yang telah diagihkan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
64) CADANGAN PERSEMPADANAN SEMULA SPR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membuat pengesyoran kepada Suruhanjaya Pilihanraya bagi persempadanan semula yang bakal dijalankan pada tahun 2024?