64) PERKEMBANGAN INDUSTRI KREATIF
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk merancakkan perkembangan industri kreatif di Negeri Selangor?
-
Jika ada, nyatakan perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi merancakkan perkembangan industri kreatif dengan membangunkan institusi, prasarana dan sokongan kewangan dalam bentuk insentif, dana dan pelaburan.
64) INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan pelancong domestik dan asing yang datang melawat Negeri Selangor sepanjang tahun 2010 dan 2011 ?
-
Sila nyatakan apakah bantuan dan perancangan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha memperkasakan industri pelancongan supaya dapat menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan apakah bentuk bantuan dan perancangan khusus yang bakal dilakukan oleh Kerajaan dalam mempromosikan DUN Sekinchan sebagai destinasi agro-pelancongan yang unik ?
64) PROJEK BANGUNAN TERBENGKALAI
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapakah projek bangunan terbengkalai yang berjaya diselesaikan
-
Apakah bantuan kerajaan negeri bagi membolehkan pemaju mempercepatkan pembaikpulihan projek terbengkalai tersebut
64) PELABURAN DAN TABUNGAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat-syarikat asing dan tempatan yang telah melabur di negeri Selangor sejak pemerintahan Pakatan Rakyat di sini?
-
Apakah strategi dan perancangan Kerajaan Negeri bagi merangsang aktiviti pelaburan di negeri Selangor dalam iklim ekonomi dunia yang lembap kini?
-
Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri agar rakyat dapat sama-sama melabur dalam bentuk tabungan seperti melalui Unit Amanah, Dinar Emas dan lain-lain lagi?
64) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek perumahan yang masih terbengkalai sehingga kini mengikut PBT?
-
Sejauh manakah usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah ini?
-
Bagaimanakah nasib pembeli yang terjejas?
64) PAPAN-PAPAN IKLAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah angka terakhir papan-papan iklan bawah Majlis Bandar raya Petaling Jaya yang berada bawah kategori sah dan haram dan sila nasihat maklumat-maklumat berapa daripada papan-papan iklan haram telah dirobohkan dan sama ada tunggakan bayaranbayaran untuk dibayar telah pun dikumpul dan denda dikenakan?
-
Apakah definisi papan-papan iklan yang sah atau haram?
-
Berapakah pengendali-pengendali papan-papan iklan yang telah menandatangani perjanjian dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan sila beri maklumat-maklumat secara terperinci : i. maklumat-maklumat pengendali-pengendali; ii. nombor papan-papan iklan; iii. nombor papan-papan iklan yang baru yang telah diluluskan dan kepada siapa (syarikat-syarikat yang mana); iv. tapak-tapak mereka dan saiz; dan v. jumlah bayaran-bayaran yang dibayar.
64) BANDAR ILMU
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Penduduk DUN Bangi bersetuju mempromosikan DUN Bangi sebagai 'Bandar IImu' sesuai Bangi dikelilingi berpuluh universiti dan berbagai-bagai-bagai pusat penyelidikan. Dapatkah pihak berkuasa melengkapkan keperluan 'Bandar IImu' berikut : Meningkatkan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di Bangi kepada sebuah universiti unggul sepenuhnya?
-
Mendirikan sebuah Sekolah Tahfiz Sains bertaraf Menengah di Bangi?
-
Mendirikan sebuah kompleks persidangan dan bersifat serba guna di Bangi?
64) HASIL PERLADANGAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Dalam memacu Ekonomi di Negeri Selangor ini hasil Perladangan juga boleh menjadi komoditi yang mendatangkan pendapatan kepada rakyat negeri ini. Bolehkah dibenarkan tanah kepunyaan Perbadanan Pertanian Negeri Selangor (PPNS) yang luas di beberapa daerah di Negeri Selangor disewakan, contohnya empat (4 ) ekar kepada seorang untuk mereka menjalankan usaha bercucuk tanam atau ternakan?
64) SENARAI NAMA JKP MPAJ 2017
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai nama setiap JKP MPAJ yang lengkap tahun 2017
-
Sila kemukakan senarai aktiviti yang telah dijalankan oleh setiap JKP MPAJ tahun 2017 serta perbelanjaan aktiviti berkenaan.
64) AGENDA KESAN PERUBAHAN IKLIM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor
(IKLIM)? -
Berapakah perbelanjaan yang telah dibelanjakan daripada peruntukan sebanyak RM800,000 untuk tahun 2024 dan untuk tujuan apa?