7) PERPUSTAKAAN DESA ASSAM JAWA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina sebuah perpustakaan baharu bagi menggantikan Perpustakaan Desa Assam Jawa yang sudah usang dan uzur?
7) TANAH KURNIAAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah kelayakan atau syarat untuk rakyat Negeri Selangor mendapatkan tanah kurnia Kerajaan Negeri?
-
Senaraikan jumlah tanah dan penerima yang telah menerima tanah ini dari tahun 2009, 2010 dan 2011.
7) LAPORAN JAWANTANKUASA AUDIT & PENGURUSAN KORPORAT PBT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa kalikah laporan Jawatankuasa diterima oleh Kerajaan Negeri dari setiap PBT bagi tahun 2014?
-
Apakah alasan dari PBT yang gagal menghantar laporan suku tahun bagi 2014?
-
Apakah tindakan penambahbaikan bagi menjamin keberkesanan jawatankuasa ini berfungsi penuh di PBT?
7) PROJEK PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
-
Terdapat pihak yang ingin melabur dan memajukan tanah dengan projek, seperti pembinaan kampus cawangan UITM di Serendah dan membangunkan tanah bekas peneroka Sungai Buaya. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan tertentu untuk menggantikan projek di kawasan tersebut dengan projek pembangunan yang lain
-
Tidakkah Kerajaan Negeri mengalami kerugian dengan penolakkan projek-projek yang hendak dibangunkan oleh pihak swasta tersebut.
-
Bagaimanakah kerajaan negeri merancang untuk menyelesaikan masalah bekas peneroka Felda Sungai Buaya tersebut.
7) PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk graduan dan tenaga kerja berkemahiran di negeri ini?
-
Apakah inisiatif yang diambil untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia di Selangor?
-
Apakah program sokongan yang disediakan untuk usahawan muda di Selangor dalam membangunkan perniagaan mereka?
7) BANTUAN SEKOLAH RAKYAT DITERUSKAN
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Adakah berlaku pertambahan sekolah-sekolah yang membuat permohonan?
-
Dengan peruntukan yang ada, adakah ia mencukupi?
-
Berbanding dengan tiga jenis sekolah rakyat (Agama, Cina, Tamil) jenis sekolah manakah yang amat memerlukan bantuan?
7) BEKAS PEKERJA LADANG SUNGAI BELATA HULU SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk membantu bekas pekerja Ladang Sungai Belata yang ditipu oleh pemaju pada 23 tahun yang lepas?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan penipuan terhadap pekerja ladang sedemikian tidak berulang lagi?
7) KUALITI BEKALAN AIR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik dan jenis aduan tentang kualiti bekalan air yang diterima daripada pengguna?
-
Adakah proses penggantian paip lama telah diselesaikan di seluruh Selangor?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bekalan air kurang berkualiti setelah walaupun paip lama diganti?
7) PENGUSAHA KECIL DAN SEDERHANA (PKS) DALAM MENGHADAPI WABAK COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada majikan dalam usaha untuk mengurangkan pembuangan pekerja oleh syarikat mereka?
-
Apakah bantuan yang diberikan kepada mereka yang terpaksa dibuang kerja?
7) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Adakah laluan perkhidmatan bas percuma yang telah diperkenalkan berhasil menepati sasaran penubuhannya?
-
Berapakah kos bulanan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam merealisasikan perkhidmatan yang sangat baik ini?