7) PROJEK HORAS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status ganti rugi atau pampasan yang dijanjikan GLC Negeri Selangor terhadap kerosakan tanaman dan kebun disebabkan oleh kerja2 di projek HORAS?
-
Sila jelaskan bentuk pampasan yang akan di beri kepada pengusaha kebun.
7) PENGURUSAN JENAZAH COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah jenazah COVID-19 yang telah diuruskan oleh pihak JAIS mengikut pecahan hospital?
-
Adakah terdapat sebarang implikasi kewangan terhadap jenazah COVID-19 yang diuruskan oleh pihak JAIS?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan NGO yang menawarkan pengurusan jenazah percuma kepada B40?
7) DEWAN KOMUNITI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan untuk menyelesaikan isu kekurangan Dewan Komuniti di kawasan Bandar Tasik Puteri, Bandar Country Homes dan Batu Arang?
-
Terdapat banyak dewan bawah pengurusan PBT menghadapi masalah uzur dan kerosakan, apakah tindakan Kerajaan untuk masalah tersebut?
7) MISKIN BANDAR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Kajian oleh UNICEF baru-baru ini telah mendapati kanak-kanak di kawasan bandar yang berpendapatan rendah mengalami tumbesaran yang terbantut. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor terhadap laporan ini?
7) MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN BOLASEPAK SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab sejak 2005 pasukan bola sepak Selangor gagal menjadi juara Piala Malaysia?
-
Apakah rancangan kerajaan melalui FAS untuk membangunkan semula pasukan bola sepak Selangor?
-
Apakah program-program yang akan dilaksanakan dan berapakah dana yang diperuntukkan bagi tujuan ini?
7) SELANGOR SARING
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan Program Selangor Saring di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2024 dan berapa banyak yang telah dibelanjakan setakat ini?
-
Berapakah jumlah penduduk Selangor yang telah mendapat manfaat daripada Program Selangor Saring setakat ini? Sila nyatakan bilangan peserta yang disaring mengikut kategori umur dan kawasan DUN.
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memperluaskan Program Selangor Saring dengan menambah lebih banyak jenis saringan atau memperkenalkan teknologi baru dalam program ini?
7) PROGRAM VAKSINASI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peserta yang terlibat dalam program vaksinasi Selangor( SelVAX)?
-
Berapakah jumlah kos keseluruhan yang dikeluarkan dalam program Vaksin Selangor di 56 DUN?
7) PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah pembasmian kemiskinan di peringkat Negeri Selangor dapat dikurangkan?
7) SISTEM DAN REKOD PENANAMAN POKOK SEBAGAI LANDSKAP MENGINDAHKAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bilangan pokok yang ditanam menurut kaedah landskap di seluruh Selangor menurut PBT sepanjang 2023.
-
Berapakah belanja yang dikeluarkan oleh setiap PBT di seluruh Selangor bagi tujuan di atas?
7) HAK PENEROKA/WARIS PENEROKA TANAH
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah permohonan peneroka/waris peneroka asal yang masih belum mendapat geran tanah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang.