62) TANAH PERKUBURAN ISLAM TAMBAHAN DI SEBELAH PUSARA AMAN KAMPUNG MELAYU SUBANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembangunan tanah tersebut?
-
Bilakah dijangka atau jadual bahawa tanah tersebut boleh atau akan di gunakan?
62) PERANCANGAN MAIS DALAM MENGATASI KEMISKINAN: JUMLAH ASNAF FAKIR DAN STRATEGI PENGELUARAN ASNAF
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Senaraikan nyatakan jumlah asnaf fakir yang disenaraikan oleh MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor berakhir 2024.
-
Nyatakan strategi bagi mengeluarkan mereka dari asnaf fakir.
62) PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM KECELARUAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Dunia tanpa sempadan menjadikan segala maklumat dapat diperoleh di hujung jari. Justeru, pembinaan sahsiah rakyat dan generasi muda negeri dan negara ini tidak semudah menuturkan kata-kata manis. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi dan memerlukan kerjasama semua pihak, bermula dari dalam rumah hinggalah ke peringkat Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri menjadi tuan rumah perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini. Seperti kita sedia maklum, dalam perhimpunan berkenan berlakunya budaya liar yang tidak terkawal selain tohmahantohmahan yang membakar kebencian sesama rakyat. Di manakah manfaat dan relevannya Kerajaan Negeri dalam soal pembentukan sahsiah rakyat dan pembangunan modal insan dengan kesediaan menjadi tuan rumah perhimpunan berkenaan?
-
Dalam konteks yang sama, adakah Kerajaan Negeri akan menuruti Kerajaan Kelantan yang mewajibkan mereka yang menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai syarat wajib mengambil bekerja bagi pemimpin, ketua jabatan dan kakitangan Kerajaan Negeri sebagaimana syarat kelayakan mesti lulus bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM)?
-
Antara ciri modal insan terpuji adalah menepati janji. Sehingga kini, berapakah jumlah pelajar yang sudah mendapat RM1000 untuk masuk universiti dengan memenuhi kriteria yang bagaimana?
62) BUDAYA MEMBACA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta satu senarai kajian kadar membaca di seluruh rakyat negeri Selangor serta program-program kerajaan negeri untuk memupuk budaya membaca?
-
Adakah kerajaan negeri bersedia membantu semua sekolah di negeri Selangor memupuk budaya ini selain mengadakan program besar-besaran?
62) PERANAN PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang disandangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ?
-
Sejauh manakah sumbangan beliau untuk meningkatkan prestasi ekonomi Negeri Selangor ?
62) GERAN SELANGORKU Ð PROGRAM KEUSAHAWANAN MUDA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar dan garis panduan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri agar geran sebanyak RM50 juta ini tidak bertindih dengan program- program SkimSel dan MiMBAR?
-
Apakah jenis dan kategori perniagaan yang melayakkan usahawan- usahawan muda mendapat peruntukan daripada geran ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang agar golongan OKU di kalangan usahawan muda akan diberikan keutamaan dan keistimewaan?
62) MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGERI (MTES)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik program pembangunan ekonomi negeri yang diluluskan MTES dari tahun 2008 hingga 2014?
-
Apakah impak program-program tersebut kepada ekonomi negeri selama ini?
62) AHLI MAJLIS
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan keseluruhan Ahli Majlis PBT dan berapakah bilangan Ahli Majlis wanita mengikut PBT?
-
Jika peratusan Ahli Majlis wanita tidak sampai minimum 30%, apakah puncanya? Apakah sasaran Kerajaan Selangor dalam mencapai minimum 30% Ahli Majlis wanita?
62) BANTUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Sehingga Jun 2012 Berapa banyak sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kewangan daripada skim bantuan sekolah agama rakyat kerajaan negeri Selangor ?
-
Apakah bentuk bantuan/program/peralatan yang menjadi keutamaan kepada sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Selangor, senaraikan 3 permohonan utama?
-
Apakah dasar ini akan diteruskan dengan jumlah peruntukan yang sama atau memerlukan tambahan peruntukan untuk masa depan ?
62) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kewangan telah diperuntukkan bagi tujuan infrastruktur Negeri Selangor pada tahun 2008 dan 2009?
-
Berapakah jumlahnya bagi setiap kawasan DUN?
-
Apakah jenis projek yang telah dilaksanakan?