62) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kewangan telah diperuntukkan bagi tujuan infrastruktur Negeri Selangor pada tahun 2008 dan 2009?
-
Berapakah jumlahnya bagi setiap kawasan DUN?
-
Apakah jenis projek yang telah dilaksanakan?
62) MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGERI (MTES)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik program pembangunan ekonomi negeri yang diluluskan MTES dari tahun 2008 hingga 2014?
-
Apakah impak program-program tersebut kepada ekonomi negeri selama ini?
62) PRESTASI PELABURAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri sering berbangga dengan prestasi pelaburan negeri dari luar atau dalam negara yang menggalakkan. Apakah sasaran dan bagaimanakah prestasi pelaburan negeri setakat pertengahan 2011?
-
Apakah program-program untuk menarik pelaburan yang dilaksanakan tahun ini?
-
Bagaimanakah status pelaburan di Bernam Jaya yang mahu dibangunkan sebagai Zon Perkhidmatan Antarabangsa?
62) TANAH RIZAB UNTUK SEKOLAH, PASAR, BALAI POLIS
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai lokasi tanah-tanah rizab untuk sekolah, pasar dan balai polis di Selangor.
-
Dimanakah tanah gantian untuk tapak sekolah sebelah Taman Bukit Segar, Ampang?
62) PENGURUSAN FASILITI MASJID
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status fasiliti asas masjid/surau di Negeri Selangor?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan fasiliti di masjid/surau sentiasa berada di dalam keadaan yang baik?
62) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Mengapa projek Sungai Penchala (dekat SS2 Mall) terlalu lambat belum diselesaikan?
-
Mengapa projek Sungai Kayu Ara untuk mengatasi masalah banjir Kampung Chempaka (Jln PJU1/4) tidak dimulakan lagi?
-
Mengapakah JPS Selangor tidak mengambil tindakan segera untuk (a) dan (b)?
62) Sampah Haram
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Masalah pembuangan sampah haram dan discharge air sampah merata-rata tempat masih tidak dapat diatasi sehingga sekarang. Bolehkah kerajaan mengemukakan statistik jumlah kes berkaitan yang telah dijatuh hukuman dari tahun 2018 sehingga sekarang?
-
Adakah kerajaan akan menimbang untuk memberatkan hukuman berkenaan?
62) PENGGANTIAN PAIP LAMA DAN PECAH
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan senarai kawasan yang akan diganti paip air pada 2021.
62) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN TUAN SPEAKER DAN PUAN TIMBALAN SPEAKER DEWAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah gaji asas dan elaun Speaker dan Timbalan Speaker?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara atas nama jawatan-jawatan yang disandang?
-
Apakah nilai kemudahan-kemudahan yang diperolehi oleh Speaker dan Timbalan Speaker?
62) PROJEK TEBATAN BANJIR DI SUNGAI KUYUH, SERI KEMBANGAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah projek tebatan banjir telah dilaksanakan di Sungai Kuyuh? Jikalau ada, apakah kandungan projek dan jumlah projek tersebut?