61) PASAR PAGI/PASAR MALAM
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Lokasi pasar pagi dan pasar malam sering mengakibatkan berbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas, kekotoran dan sebagainya. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT & PTD untuk mengatasi masalah ini?
-
Apakah syarat-syarat tertentu bagi membuka tapak pasar-pasar tersebut?
61) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Dalam manifesto pilihanraya yang ke-13 yang lalu, Y.A.B. DatoÕ Menteri Besar berjanji untuk melaksanakan dua program berikut:- 1. Menubuhkan Yayasan Pembangunan Usahawan Selangor. 2. Membina gerai-gerai untuk peniaga kecil di Bandar. Sejauh manakah perlaksanaan program ini telah dilaksanakan?
-
Berapa peruntukan yang telah ditetapkan untuk program ini?
-
Apakah sasaran Kerajaan dalam melaksanakan program ini?
61) PENGHARAMAN ROKOK ELEKTRONIK (VAPE)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
Penjualan vape semakin berleluasa di dalam komuniti. Apakah usaha yang sedang dilakukan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
61) STATUS BILLBOARD DI SEPANJANG LEBUHRAYA MRR II
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Setakat manakah kuasa PBT terhadap kawasan yang didirikan billboard di sepanjang Lebuh raya MRR II dan jika ianya benar di bawah kuasa PBT, adakah Kerajaan bercadang mewujudkan satu Task Force bertujuan untuk pemutihan billboard tersebut dan memohon TOL bagi mengambil alih aktiviti billboard berkenaan.
61) OBJEKTIF KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri yakin mencapai objektif penubuhan KHSB?
-
Sejauh manakah kejayaan objektif KHSB?
-
Apakah projek yang membuktikan objektif penubuhannya tercapai dan senaraikan?
61) PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Selayang Baru adalah perkampungan lama yang kini mengalami pertumbuhan pesat dan menghadapi masalah densiti penduduk yang padat. Pembangunan yang tidak terancang ini telah memberi kesan buruk kepada sistem perparitan. Longkang besar (monsoon drain) sedia ada sudah tidak lagi dapat menampung saliran air lebih-lebih lagi ketika hujan lebat sehingga berlaku banjir kilat di kawasan-kawasan sekitar. Apakah perancangan pembangunan yang akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi menyelesaikan masalah banjir kilat ini untuk jangka masa panjang demi memelihara kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut
-
Adakah penyelesaian bagi masalah banjir yang telah lama dihadapi ini dimasukkan oleh MPS atau Kerajaan Negeri Selangor sebagai salah satu projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)
61) PERKEMBANGAN INDUSTRI SENI KREATIF-NASYID
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Industri nasyid tanah air pada satu masa pernah berkembang pesat, kumpulan nasyid seperti Raihan pernah menjelajah ke seluruh dunia, adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai perancangan untuk menghidupkan kembali genre ini?
61) PERUNTUKKAN BAGI MASJID DAN SURAU DI KAWASAN DEWAN NEGERI PELABUHAN KLANG
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukkan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada masjid dan surau bagi Kawasan Dewan Negeri Selangor Pelabuhan Klang?
-
Senaraikan masjid-masjid tersebut mengikut Mukim
62) PROJEK TEBATAN BANJIR DI SUNGAI KUYUH, SERI KEMBANGAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah projek tebatan banjir telah dilaksanakan di Sungai Kuyuh? Jikalau ada, apakah kandungan projek dan jumlah projek tersebut?
62) PERANAN PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang disandangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ?
-
Sejauh manakah sumbangan beliau untuk meningkatkan prestasi ekonomi Negeri Selangor ?