61) Infrastruktur Sukan
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah gelanggang futsal di seluruh kawasan DUN Sentosa mengikut pecahan taman.
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan bagi pembinaan gelanggang tersebut? Sila pecahkan peruntukan Persekutuan dan Negeri.
61) SENARAI TAMAN BAWAH SETIAP LRA
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara terperinci setiap taman perumahan bawah setiap LRA.
61) BANYAK TEMPAT TUMPUAN PELANCONG SERING DIABAIKAN PENYENGGARAANNYA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan khusus bagi pembangunan pelancongan negeri dari 2008- 2013 dan peruntukan yang dikhususkan untuk pembiayaan penyenggaraan?
61) PEMBELAAN PARA PENIAGA KOMPLEKS PKNS
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan dan usaha Kerajaan Negeri dalam membantu dan membela para Peniaga di Kompleks PKNS seperti di Shah Alam, Bangi dan Kuala Selangor pasca pandemik COVID-19?
-
Apakah perancangan jangka pendek dan panjang bagi membolehkan para peniaga dapat terus menjalankan perniagaan?
61) PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila beri statistik bilangan kes setiap PBT mendakwa di mahkamah mengikut bulan untuk tempoh 2 tahun yang lepas.
-
Sila beri pecahan mengikut jenis kes
-
Sila beri pecahan mengikut kes yang menang, kalah dan masih dalam perbicaraan.
61) PENUTUPAN KILANG GOODYEAR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan intervensi Kerajaan Negeri dalam membantu lebih 500 orang pekerja di kilang Goodyear Shah Alam?
-
Siapakah pemilik tanah bagi tapak kilang tersebut?
-
Apakah cadangan kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah berkenaan nanti?
61) MASJID KOTA DAMANSARA 2 DAN MASJID SUBANG BESTARI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini kedua-dua masjid tersebut?
-
Adakah pembinaan tersebut mengikut jadual yang telah di rancangkan?
-
Berapa peratusan fizikal telah siap?
61) IKS
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah ada persetujuan (MOU) antara Kerajaan Negeri dengan pasaraya-pasaraya besar di Negeri Selangor bagi memasarkan produk-produk IKS kepada pasaraya tersebut?
61) PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
-
Berapakag jumlah tunggakan pinjaman pendidikan yang masih ada dengan Yayasan Selangor?
-
Berapakah jumlah bilangan peminjam yang gagal membayar pinjaman tersebut?
-
Apakah tindakan undang-undang akan atau telah diambil untuk memulihkan tunggakan tersebut?
61) PROJEK DASH – DI KAWASAN DUN N39 KOTA DAMANSARA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah aktiviti-aktiviti yang masih tertangguh atau sedang di jalankan di kawasan N39 :
- MBSA ( U3, U4, U5, U6 ) dan
- MBPJ ( PJU3, PJU4, PJU5 )? -
Apakah masalah utama tergendalanya projek tersebut?
-
Bilakah projek tersebut akan selesai dan boleh di gunakan oleh masyarakat?