61) PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH PAHANG-SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah status kerjasama kerajaan negeri terhadap projek penyaluran air tersebut?
-
Apakah tindakan segera kerajaan negeri jika kerjasama telah diberikan?
-
Apakah faktor pertimbangan yang menyebabkan kerajaan negeri lambat memberikan kerjasama sebelum ini?
61) PROGRAM INSENTIF PERKAHWINAN BELIA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pengantin yang telah memperolehi Insentif Perkahwinan Belia mengikut pecahan kaum sejak tahun 2013.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengkaji semula cara penyaluran insentif supaya pengantin boleh menerima insentif tersebut dalam masa sebulan selepas menghantar permohonan?
61) SKIM PENSIJILAN ORGANIK MALAYSIA (MYORGANIC) DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan ladang-ladang yang diusahakan secara organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2015 Plant-based organically produced foods-requirements for production, processing, handling, labelling and marketing (First Revision) di Negeri Selangor.
-
Apakah langkah-langkah yang ambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pengusaha menghasilkan keluaran organik yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan?
61) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Geran Selangorku yang telah dibelanjakan?
-
Adakah akaun Geran Selangorku diaudit?
-
Sila bekalkan laporan perbelanjaan terperinci Geran Selangorku sejak pertubuhannya sehingga kini.
61) PROJEK BAWAH MENTERI BESAR SELANGOR INCORPORATED (MBI)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan setiap projek di bawah MBI yang melibatkan kerjasama dan kolaborasi bersama ADUN-ADUN penggal 2018
61) KAD KISS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapakah kad KISS yang telah diluluskan untuk DUN Selat Klang?
-
Nyatakan kenapa sehingga 4 Mac, masih gagal diserahkan kepada ADUN untuk diserahkan kepada golongan ibu marhaen yang ternanti-nanti.
61) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU DI KAWASAN DUN TANJONG SEPAT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan merancang untuk membangunkan projek rumah mampu milik Rumah Selangorku di kawasan DUN Tanjong Sepat?
-
Sekiranya perancangan telah bermula, apakah maklumat berkenaan projek Rumah Selangorku dan anggaran bila projek tersebut akan siap?
61) GAJI DAN ELAUN MANTERI BESAR, EXCO DAN SPEAKER
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kedudukan gaji dan elaun perjawatan yang tersebut kini?
-
Apakah formula untuk kadar gaji dan elaun yang sesuai digunakan?
61) PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN MASJID ATAU SURAU DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah tempoh pemprosesan Kerajaan meluluskan permohonan peruntukan pembaikan Masjid / Surau di Selangor?
-
Berapakah jumlah peruntukan maksimum yang boleh diberikan oleh Kerajaan Selangor untuk pembaikan atau penyelenggaraan Masjid/ Surau?
61) PROJEK KEBUN KERANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah nama peserta dan keluasan kebun kerang di Selangor.
-
Sila huraikan berapakah hasil keluaran terkini daripada Projek Kebun Kerang?
-
Sila nyatakan bagaimanakah kaedah yang dilakukan bagi mencegah sindiket mencuri benih kerang yang semakin berleluasa?