61) Infrastruktur Sukan
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah gelanggang futsal di seluruh kawasan DUN Sentosa mengikut pecahan taman.
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan bagi pembinaan gelanggang tersebut? Sila pecahkan peruntukan Persekutuan dan Negeri.
61) SENARAI TAMAN BAWAH SETIAP LRA
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara terperinci setiap taman perumahan bawah setiap LRA.
61) KUIL SRI SUBRAMANIAR PJS7/13
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pengazetan tanah PJS7/13 sebagai tanah rumah ibadat bukan Islam?
61) DATARAN BELIA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah Dataran Belia yang telah dibangunkan di bawah Negeri Selangor sehingga sekarang? Sila senaraikan mengikut tahun.
-
Apakah jenis bantuan dan peruntukkan yang boleh didapatkan dari pihak EXCO Belia dan Sukan untuk pembangunan Dataran Belia?
61) CCTV
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bagaimana status pemasangan dan perlaksanaan 2000 unit CCTV yang dilengkapi teknologi face recognition?
-
Lokasi CCTV dilengkapi teknologi face recognition yang telah dipasang di kawasan MPS.
-
Apakah rancangan seterusnya bagi kegunaan CCTV ini?
61) STATUS BILLBOARD DI SEPANJANG LEBUHRAYA MRR II
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Setakat manakah kuasa PBT terhadap kawasan yang didirikan billboard di sepanjang Lebuh raya MRR II dan jika ianya benar di bawah kuasa PBT, adakah Kerajaan bercadang mewujudkan satu Task Force bertujuan untuk pemutihan billboard tersebut dan memohon TOL bagi mengambil alih aktiviti billboard berkenaan.
61) SEKTOR PERTANIAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Sektor pertanian merupakan salah satu punca pendapatan utama penduduk Sepang dan sebagai sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedia memberi baja kepada pekebun kelapa sawit dan pekebun ubi kayu dan ubi keledek di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah peruntukan diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memperbaiki sistem perparitan dan jalan-jalan di kebun-kebun kelapa sawit dan kebun ubi kayu dan keledek di Negeri Selangor?
61) PASAR PAGI/PASAR MALAM
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Lokasi pasar pagi dan pasar malam sering mengakibatkan berbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas, kekotoran dan sebagainya. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT & PTD untuk mengatasi masalah ini?
-
Apakah syarat-syarat tertentu bagi membuka tapak pasar-pasar tersebut?
61) PENYELENGGARAAN LEBUHRAYA PERSEKUTUAN DI BAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kos penyelenggaraan Lebuhraya Persekutuan yang telah dibelanjakan setakat tahun 2019, mengikut jenis kerja yang dibuat.
-
Berapakah tempoh syarikat konsesi bagi penyelenggaraan laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan dan nilai kontrak konsesi?
-
Apakah penalti yang telah dikenakan ke atas syarikat konsesi sekiranya gagal membuat kerja penyelenggaraan?
61) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Dalam manifesto pilihanraya yang ke-13 yang lalu, Y.A.B. DatoÕ Menteri Besar berjanji untuk melaksanakan dua program berikut:- 1. Menubuhkan Yayasan Pembangunan Usahawan Selangor. 2. Membina gerai-gerai untuk peniaga kecil di Bandar. Sejauh manakah perlaksanaan program ini telah dilaksanakan?
-
Berapa peruntukan yang telah ditetapkan untuk program ini?
-
Apakah sasaran Kerajaan dalam melaksanakan program ini?