61) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Geran Selangorku yang telah dibelanjakan?
-
Adakah akaun Geran Selangorku diaudit?
-
Sila bekalkan laporan perbelanjaan terperinci Geran Selangorku sejak pertubuhannya sehingga kini.
61) PROJEK BAWAH MENTERI BESAR SELANGOR INCORPORATED (MBI)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan setiap projek di bawah MBI yang melibatkan kerjasama dan kolaborasi bersama ADUN-ADUN penggal 2018
61) KAD KISS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapakah kad KISS yang telah diluluskan untuk DUN Selat Klang?
-
Nyatakan kenapa sehingga 4 Mac, masih gagal diserahkan kepada ADUN untuk diserahkan kepada golongan ibu marhaen yang ternanti-nanti.
61) PELANCONGAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor pelancongan di Hulu Selangor dan DUN Kuala Kubu Baharu.
-
Nyatakan peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan untuk menaik taraf dan juga membaiki tapak-tapak pelancongan di Kerling dan Kuala Kubu Bharu pada tahun ini.
61) PROJEK KEBUN KERANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah nama peserta dan keluasan kebun kerang di Selangor.
-
Sila huraikan berapakah hasil keluaran terkini daripada Projek Kebun Kerang?
-
Sila nyatakan bagaimanakah kaedah yang dilakukan bagi mencegah sindiket mencuri benih kerang yang semakin berleluasa?
61) BANTAHAN PAJAKAN TANAH DI TAMAN MUDA, AMPANG
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Apakah status bantahan Teratai ke atas pemberian pajakan tanah kerajaan lot atas Lot 44145 seluas 0.602 ekar (2,436.21 meter persegi) di Taman Muda, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat Selangor Darul Ehsan yang telah dibangkitkan dalam sidang dewan pertama yang lalu?
61) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi 2017,2016 dan 2015 secara perbandingan.
-
Sila nyatakan prestasi pelaburan Negeri Selangor 2017 secara perbandingan dengan Negeri-Negeri lain.
-
Sila nyatakan apakah langkah proaktif yang telah dilakukan oleh KNS untuk menarik lebih banyak pelaburan.
61) KEBENARAN DAN KELULUSAN MERANCANG TAMAN PERUMAHAN BARU DI DUN SEMENYIH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Pembinaan taman perumahan baru di DUN Semenyih begitu rancak. Mohon Kerajaan Negeri menyatakan jumlah syarikat atau pemaju perumahan yang telah diberi kelulusan dan kebenaran merancang sejak 2008 serta anggaran pertambahan penduduk berdasarkan bilangan rumah yang dibuat.
-
Ingin tahu jumlah unit rumah mampu milik Selangorku yang telah diluluskan di DUN Semenyih serta mengapa Kerajaan Negeri tidak mensyaratkan pemajupemaju berkenaan membina rumah Selangorku serentak dengan pembinaan rumah-rumah mewah?
-
Mohon nyatakan apakah pemaju-pemaju tersebut ada menyediakan tapak sekolah rendah dan menengah, tapak surau atau masjid, tapak pusat komuniti, dewan serbaguna dan lain-lain serta mampukah infrastruktur sedia ada seperti jalanraya dan bekalan air bersih menampung pertambahan penduduk di kawasan-kawasan baru tersebut?
61) PENINGKATAN PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peluang pekerjaan dan peningkatannya yang telah diwujudkan setelah SSIC Berhad mensasarkan jumlah pelaburan perindustrian sebanyak RM8 bilion setahun ?
61) PUSAT CUCI KERETA TANPA KELULUSAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Jawapan soalan sidnag dewan yang lalu menyatakan terdapat 653 buah pusat cuci kereta tanpa kelulusan giat beropesai di seluruh negeri. Nyatakan perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.