60) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
-
Buat masa ini,hanya beberapa kilang sahaja masih beroperasi di Bukit Melawati. Sebahagian besar penduduk terpaksa berulang-alik ke Kapar, Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya untuk bekerja .Lima tahun dahulu, beberapa kilang yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih kurang 3000 orang pekerja telah ditutup di kawasan Bukit Melawati. Apakah tindakan yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan mengkaji bagi kilang -kilang ini beroperasi semula ?
-
Atau boleh tak membawa masuk pelabur -pelabur baru ?
60) PROGRAM MERAWAT AIR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk melaksanakan program merawat air dengan menggunakan teknologi penapisan air membran dan adakah teknologi ini cost effective berdasarkan jumlah permintaan air yang dirawat bagi sesuatu tempoh?
60) ‘FLYOVER’ / JAMBATAN JALAN UNIVERSITI PETALING JAYA – BULATAN LAMA UNIVERSITI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Perbincangan-perbincangan antara MBPJ / SYABAS, Tenaga Nasional dan Petronas Gas telah berlanjutan sejak 2006-2007 berkenaan kerja pembaikan untuk dijalankan di sekitar jambatan. Apakah status keputusan ke atas kos dan tanggungjawab-tanggungjawab jabatanjabatan kerajaan berkenaan isu ini?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh MBPJ untuk memastikan bahawa tidak berlakunya pembocoran paip-paip saluran utama air, SYABAS, disebabkan oleh berat jambatan yang juga mungkin boleh menyebabkan keruntuhan jambatan tersebut?
60) KAMPUNG ORANG ASLI HULU SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan untuk kampung orang asli di Hulu Selangor pada tahun 2013. Sila berikan butir-butir.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membantu kampung orang asli di Hulu Selangor yang masih belum dibekalkan elektrik untuk lampu jalan?
60) BIASISWA DAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah biasiswa dan pinjaman yang telah diberi dari tahun 2008 hingga kini?
-
Sila nyatakan kuota biasiswa dan pinjaman mengikut kaum
60) SISTEM PERPARITAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Kerajaan Selangor boleh menyediakan satu sistem perparitan yang lengkap?
-
Berapakah tempoh masa diambil untuk membaiki longkang monsun dan longkang biasa dari tarikh aduan dilaporkan?
60) TOURISM SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan segala usaha promosi pelancongan yang diadakan oleh Tourism Selangor sepanjang tahun 2009 dan berikan perbelanjaan setiap satu acara promosi ini.
60) TEKNOLOGI RAWATAN AIR TERKINI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah teknologi-teknologi rawatan air yang telah dan sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan penggunaan teknologi ÒUltra Filtration Water TreatmentÓ dalam masa terdekat?
-
Apakah kos yang dianggarkan bagi sesuatu loji rawatan air tertentu sekiranya teknologi ini dilaksanakan?
60) PROGRAM ILTIZAM ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Apakah pencapaian terkini program Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS) ?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meluaskan program ini pada masa akan datang?
60) PENEMPATAN BERKELOMPOK ASNAF MUALLAF DESA AL MANSURIAH DENGKIL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri maklum mengenai pusat penempatan berkelompok Asnaf Muallaf ini?
-
Adakah terdapat usaha untuk menaiktaraf kemudahan penempatan ini yang telah uzur?
-
Bilakah dijangkakan proses naiktaraf ini akan dimulakan (sekiranya ada)?