60) KES PEROBOHAN RUMAH DAN KEDAI SERTA PENGUSIRAN PENDUDUK
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan merancang untuk menyiasat anasir dalaman yang mungkin wujud daripada perobohan rumah dan kedai serta pengusiran penduduk di Persimpangan MRR2 di Kampung Pasir, Hulu Kelang dan perkarangan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dengan tujuan memburukkan imej kerajaan?
60) AKTIVITI PERNIAGAAN DI PREMIS KEDIAMAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua premis kediaman yang diketahui melakukan aktiviti perniagaan.
-
Bagi setiap premis tersebut, sila butirkan tindakan notis, amaran, kompaun dan pendakwaan yang dilakukan pada tahun 2017 dan 2018.
60) TANAH RIZAB PERKUBURAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Tanah rizab perkuburan di Kg Giching tidak dapat menampung kehendak penduduk tempatan akibat penambahan penduduk yang pesat. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah ini?
60) SELANGOR SCIENCE PARK 1 (SSP1) LONJAK PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang dapat menikmati kemudahan dan pembangunan di Taman Sains Selangor 1 ini sejak penubuhannya?
-
Apakah usaha-usaha kerajaan dalam menjayakan skim ini?
60) KEGAWATAN EKONOMI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah terjejasnya sektor perindustrian di Selangor?
-
Berapakah jumlah kilang-kilang yang terpaksa ditutup?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi meringankan beban yang dialami pekerja?
60) E-SPORT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan program dan peruntukan yang telah digunakan untuk pembangunan E-Sport sejak tahun 2013.
-
Apakah pendirian kerajaan atas pemohonan lesen peniagaan untuk pusat siber yang berkaitan dengan pembangunan E-Sport?
-
Apakah rancangan kerajaan untuk membangunkan infrastruktur bagi E-Sport?
60) PERPUSTAKAAN USJ 1
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah jawapan PTGS berkenaan soalan PPAS tentang status tanah yang dicadangkan untuk Perpustakaan USJ 1?
-
Bagaimanakah persiapan bajet untuk pembinaan Perpustakaan USJ 1?
60) PERUNTUKAN UNTUK PENYELIDIKAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Jumlah peruntukan untuk penyelidikan adalah RM2.8 juta di dalam Perbelanjaan Pembangunan Negeri Selangor 2014 bagi sektor sosial. Apakah rasional kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk penyelidikan?
-
Apakah Key Result Area (KRA), Objektif Strategik dan KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam penyelidikan berkaitan pembangunan dan agenda strategik?
-
Apakah asas agihan peruntukan kepada badan-badan penyelidikan di Selangor?
60) RAKAN DIGITAL SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Cadangan ini merupakan cadangan yang bagus tetapi ianya belum dapat dilaksana secara sepenuhnya pada tahun 2021. Adakah kerajaan bercadang untuk mengekalkan program ini pada tahun 2022 dengan peruntukan tambahan dan dijadikan sebagai program berstruktur di bawah PeBS?
60) PEMAJU PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Banyak aduan telah diterima daripada penghuni rumah-rumah pangsa mengenai unit rumah mereka yang rosak. Pemaju-pemaju yang bertanggungjawab sering memberi alasan bahawa segala kerosakan sudah tidak dalam tanggungjawab mereka. Masalah penduduk rumah panjang sementara di PJS 1 masih belum selesai. Pemaju Peters Brickwork melengah-lengahkan pembinaan pangsapuri Blok F atas alasan tiada kewangan sedangkan pembinaan pusat komersil sedang berjalan dengan pesat di tapak berdekatan. Bagaimana para penghuni boleh mendapat pembelaan setiap kali aduan mereka tidak dilayani?
-
Apakah tindakan terhadap pemaju yang enggan menunaikan tanggungjawab terhadap pembeli unit pangsapuri?