60) BANGUNAN PLAZA PERANGSANG
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk merancakkan semula aktiviti ekonomi di premis Plaza Perangsang yang dilaporkan merosot sejak penutupan operasi Quality Hotel pada 2014?
60) INFRASTRUKTUR DI KAWASAN INDUSTRI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah syarat2 yang diperlukan untuk meluluskan pembangunan kawasan industri?
-
Berapakah kawasan industri yang telah diluluskan di DUN Ijok sehingga 2019?
60) PROJEK PEMBANGUNAN LEBUHRAYA SUKE
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan laporan penilaian trafik dan laporan penilaian alam sekitar untuk projek pembangunan lebuhraya SUKE
-
Sila kemukakan perjanjian konsesi yang berkenaan
60) PERPUSTAKAAN AWAM DI HULU SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini kerja-kerja naik taraf Perpustakaan Kuala Kubu Bharu.
-
Apakah kos sebenar yang telah dibelanjakan dan akan dibelanjakan untuk kerja-kerja naik taraf Perpustakaan Kuala Kubu Bharu ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menyelesaikan masalah hak milik tanah Perpustakaan Kerling? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
60) KONTRAKTOR SAMPAH TONG RORO
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dan undang-undang yang cukup untuk mengawal kontraktor sampah tong roro?
-
Bagaimana untuk mengatasi isu membuang sampah secara haram dengan lebih efektif?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia mewujudkan undang-undang baru untuk mengawal mereka?
60) MASALAH PEMBELI-PEMBELI KONDOMINIUM NUSA MEWAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Bilakah 15 pembeli-pembeli Kondominium Nusa Mewah akan dapat rumah ganti mereka?
-
Berapakah lama tempoh masih perlu mereka tunggu?
60) LEMBAGA PERUMAHAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa unitkah rumah di bawah kawalan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan nyatakan di mana?
-
Nyatakan secara terperinci bilangan unit yang telah diisi dan unit yang masih kosong mengikut daerah
-
Aduan rakyat banyak unit kosong atau ditinggalkan. Apakah langkah LPHS mengatasinya?
60) MASALAH KEGIATAN JUDI HARAM DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membenteras kegiatan judi haram yang semakin berleluasa di negeri Selangor.
60) TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan TKPM di Negeri Selangor mengikut daerah.
-
Nyatakan pemilik tanah TKPM Hulu Yam.
-
Senaraikan peserta-peserta TKPM Hulu Yam dengan keluasan yang mereka sewa
60) PRESTASI SELANGOR STATE INVESTMENT CENTRE (SSIC)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perolehan pendapatan dan keuntungan SSIC 2008-2013?
-
Apakah projek-projek utama SSIC dan prestasinya?
-
Apakah strategi SSIC untuk meningkatkan prestasi pendapatannya?