59) PEMBANGUNAN LERENG BUKIT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah posisi terkini Kerajaan Negeri berkenaan pembangunan lereng bukit?
-
Bilakah garis panduan akan siap didrafkan dan dikuatkuasakan?
-
Adakah masalah getaran bumi telah diambil kira apabila garis panduan didrafkan?
59) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah perbelanjaan keseluruhan bagi PTRS untuk 2015-2017 per capita (perbelanjaan dibahagikan dengan bilangan pelajar)?
-
Adakah Kerajaan berpuas hati dengan hasil (outcome) program ini dan apa sebabnya?
-
Apakah bandingan kos jika pelajar berkelayakan diberi voucher untuk menghadiri kelas tuisyen swasta?
59) PENYELENGGARAAN INFRA AWAM TERMASUK INFRA SUKAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi kerajaan negeri dalam penyelenggaraan infrastruktur kemudahan awam seperti padang bola dan padang permainan?
-
Berapakah jumlah bajet bagi penyelenggaraan infrastruktur awam seperti di atas?
59) SKIM SMART SEWA PERUMAHAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah status pencapaian dan penerimaan rakyat Selangor, hasil daripada Skim Smart Sewa yang diperkenalkan?
-
Sila nyatakan golongan sasar dan jumlah unit yang telah ditawarkan kepada penerima yang layak?
59) USAHAWAN LEMBAH JAYA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan kawasan khas atau geran kepada usahawan kecil dan penjaja di kawasan Lembah Jaya?
59) INFRASTRUKTUR RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan flat kos rendah yang masih tidak dapat wujud JMB.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu bagi penyelesaian isu ini?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu isu-isu kerosakan infrastruktur di kawasan flat kos rendah yang tidak mempunyai JMB?
59) KESALAHAN LALU LINTAS PELAJAR BAWAH UMUR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Pelajar-pelajar sekolah di bawah umur dan tidak memiliki lesen memandu di Negeri Selangor. Apakah kadar kesalahan lalu lintas dan kemalangan jalan raya (termasuk kematian) yang melibatkan pelajar-pelajar tersebut.
-
Apakah tindakan secara bersepadu Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
59) INSENTIF PELAJARAN IPT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Sehingga kini berapa jumlah wang sudah dikeluarkan kepada pelajar IPTA dan berapa jumlah kepada pelajar IPTS?
-
Sila beri jumlah peruntukan mengikut universiti?
-
Sila beri jumlah peruntukan mengikut kaum?
59) STATISTIK SOALAN DEWAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan bilangan soalan dewan yang telah diterima, dijawab, dijawab secara bertulis, tidak dijawab langsung dan ditolak bagi setiap sesi dewan untuk penggal yang lepas
59) PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPANAN KEKAL UNTUK PEMBINAAN LEBUHRAYA KLORR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan memberi penerangan tentang kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar tentang penyahwartaan (degazzette) hutan simpanan kekal untuk membina lebuhraya Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR).