59) PROJEK DI SUBANG JAYA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan projek yang diperuntukkan oleh bajet tahun ini bagi tujuan menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam di Subang Jaya
-
Berikan butir-butir projek yang terlibat.
59) SKIM SMART SEWA PERUMAHAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah status pencapaian dan penerimaan rakyat Selangor, hasil daripada Skim Smart Sewa yang diperkenalkan?
-
Sila nyatakan golongan sasar dan jumlah unit yang telah ditawarkan kepada penerima yang layak?
59) STATISTIK SOALAN DEWAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan bilangan soalan dewan yang telah diterima, dijawab, dijawab secara bertulis, tidak dijawab langsung dan ditolak bagi setiap sesi dewan untuk penggal yang lepas
59) RANCANGAN PERBELANJAAN MODAL AIR SELANGOR SEBANYAK
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Air Selangor akan menguruskan bekalan air ke seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 1 April 2019. Apakah ringkasan rancangan perbelanjaan modal sebanyak RM30bil untuk tempoh 30 tahun yang boleh dilaporkan kepada Dewan untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan air?
59) PRESTASI PEPERIKSAAN PELAJAR SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik prestasi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pelajar negeri dari tahun 2008 - 2013?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan prestasi pelajar khasnya di kawasan luar bandar?
59) LATIHAN PENDEMOKRASIAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi pembangunan modal insan di dalam tempoh 5 tahun dan nyatakan bagi setiap tahun bermula 2018?
-
Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memberi latihan pendemokrasian kepada rakyat selangor bagi menerangkan maksud demokrasi?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk melakukan program-program pendemokrasian kepada rakyat Selangor bagi meningkatkan pemahaman berkenaan demokrasi?
59) PENCEGAH MAKSIAT
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Kad kuasa yang diberikan kepada Pegawai Ðpegawai Masjid kebanyakan telah tamat tempoh menyukarkan untuk mereka menjalankan operasi. Kenapa pembaharuan tidak dilakukan? Kenapa perkara ini?
59) TUNGGAKAN HASIL
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tunggakan kutipan hasil yang belum berjaya di kutip oleh kerajaan negeri setakat tahun 2009?
-
Nyatakan secara terperinci tunggakan hasil seperti tunggakan cukai tanah dan lain Ð lainnya berserta amaunnya.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam usaha memperolehi tunggakan ini dan berapakah ramalan kutipan yang mampu dikutip?
59) MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PARA PENTERNAK LEMBU DAN KAMBING DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh penternak-penternak lembu dan kambing di Negeri Selangor?
-
Berapa jumlah para penternak mengikut komposisi kaum yang telah menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu dan mengatasi masalah-masalah mereka?
59) PERTAMBAHAN PUSAT HIBURAN DI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah pusat-pusat hiburan berlesen yang terdapat di sekitar Selangor kini?
-
Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada premis-premis hiburan di seluruh Selangor ini kerana ia seperti tidak sama antara satu PBT dengan PBT yang lain?
-
c) Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada premis-premis hiburan di seluruh Selangor ini kerana ia seperti tidak sama antara satu PBT dengan PBT yang lain?