6) DEPOSIT UTILITI UNTUK KERJA MELIBATKAN JALAN RAYA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan bilangan kes (mengikut PBT) di mana PBT menggunakan deposit syarikat utiliti untuk membaiki jalan raya pada tahun 2013, 2014, 2015.
-
Apakah tempoh masa deposit ini dipegang sebelum dipulangkan kepada syarikat utiliti tersebut?
-
Adakah MMKN berpuas hati dengan kualiti kerja pembaikan jalan raya oleh pihak utiliti?
6) JETI PENDARATAN IKAN BAGAN SEKINCHAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan cadangan tapak baru jeti pendaratan ikan tersebut?
-
Sila nyatakan kenapa begitu lama proses kajian tapak sehingga kini masih belum diselesaikan?
-
Sila nyatakan apakah perancangan jangka panjang bagi memperkasakan sektor perikanan di Sekinchan?
6) HAKISAN TEBING SUNGAI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Beberapa kejadian tanah runtuh telah berlaku akibatnya hakisan tebing sungai. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah hakisan di tebing sungai.
-
Adakah kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan bagi mengatasi masalah hakisan tebing tersebut. Jika ada, berapakah jumlah peruntukan tersebut?
6) KURSUS TESL UNISEL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kursus TESL Unisel masih diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan?
-
Terangkan prospek kerjaya graduan TESL Unisel, termasuk sama ada graduannya juga diterima di luar negara?
6) BAZAR TANI SEMENTARA MUSIM RAYA DI HADAPAN RHB BANK PEKAN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah MPK meluluskan syarat lesen sementara atas bahu jalan utama?
-
Siapakah pemohon atau MPK mengeluarkan kelulusan beberapa bilangan tapak niaga?
-
Bagaimanakah sewaan tapak ditawarkan kepada peniaga?
6) LADANG RAKYAT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan ladang rakyat dari segi : i. Keluasan, ii. Jumlah peserta, iii. Jumlah hasil yang dikeluarkan.
6) TANAH MILIK ANAK SYARIKAT DAN AGENSI KERAJAAN DI DUN BUKIT MELAWATI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi tanah milik anak syarikat dan agensi Kerajaan seperti PKNS, PNSB, JKR, IADA, JAIS, PKPS dan statusnya.
6) ARAK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah tegas kerajaan bagi mengawal penjualan arak di premis-premis dalam negeri Selangor?
6) GARIS PANDUAN BERPAKAIAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Terdapat kejadian ahli politik bukan Islam yang berpakaian tidak sesuai dengan sensitiviti agama dalam kawasan Masjid. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan garis panduan etika berpakaian bagi bukan Islam untuk memasuki kawasan Masjid dan Surau?
-
Apakah kesan insiden pemakaian tidak sesuai tersebut kepada Umat Islam di Selangor?
-
Bagaimanakah kefahaman perbezaan antara agama dapat diperkukuhkan?
6) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membangun ekosistem pengangkutan awam yang mampan?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri mempromosikan penggunaan pengangkutan awam sebagai alternatif kepada penggunaan kenderaan peribadi?
-
Apakah strategi jangka masa panjang Kerajaan Negeri dalam meningkatkan lagi penggunaan pengangkutan awam?