58) LEBUHRAYA SOUTH KLANG VALLEY EXPRASSWAY(SKVE)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Keadaan jalan antara Telok Panglima Garang ke Saujana putra di kedua-dua arah amat tidak selamat untuk pengguna lebuhraya,contoh permukaan jalan sangat tidak rata
-
Apakah perancangan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor untuk mengatasi masalah tersebut?
58) KEGUNAAN TANAH TAPAK IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah permohonan telah diterima dan berapakah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak kerajaan Pakatan Rakyat untuk kegunaan Kuil/Tokong/Gereja?
-
Apakah kelayakan yang diperlukan bagi memohon tanah ini?
-
Apakah masalah yang dihadapi dalam proses pemberian tanah ini?
58) MAKLUMAT IBU TUNGGAL DAN WARGA MISKIN BAWAH DUN BANDAR UTAMA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sekiranya ada, sila sediakan maklumat perhubungan ibu-ibu tunggal serta warga-warga miskin bawah DUN Bandar Utama, termasuk maklumat-maklumat yang dikumpulkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
58) ORANG ASLI DALAM SISTEM PENJAWAT AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah bilangan dan peratus Orang Asli dalam penjawatan awam Kerajaan Negeri?
-
Apakah bilangan dan peratus Orang Asli di JAKOA Selangor?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan minat Orang Asli untuk menyertai penjawatan awam terutamanya dalam bidang berkaitan kebajikan Orang Asli?
58) POLIS BANTUAN MBPJ
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah keberkesanan pasukan polis bantuan yang dibentuk oleh MBPJ bagi menurunkan kadar jenayah dalam kawasan MBPJ dan berapakah jumlah peruntukkan yang digunakan untuk pelaksanaan pasukan polis bantuan tersebut?
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan kerjasama yang erat dengan pihak polis bagi memantau dan mengurangkan kes jenayah dalam kawasan Selangor?
58) PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH SEKOLAH KERAJAAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa sekolah-sekolah kerajaan mendapat bantuan demi memastikan suasana tempat belajar dalam keadaan selesa dan selamat untuk murid-murid serta guru-guru?
58) KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Apakah kedudukan kewangan negeri dan langkah yang diambil untuk mengukuhkan ekonomi negeri memandangkan jangkaan pertumbuhan GDP Kebangsaan 2013 telah merosot?
-
Apakah rancangan kerajaan mengenai penggunaan rizab negeri?
58) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN BATANG KALI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai projek naik taraf dan pelebaran jambatan Batang Kali yang berada di FT001 simpang ke Genting Highland? Jika ya, terangkan butir-butirnya.
58) KADAR PERCERAIAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kadar perceraian agak tinggi di Selangor. Terangkan kenapa
-
Nyatakan pecahan mengikut sebab-sebab berlaku perceraian
-
Apakah kaedah yang digunakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini?
58) J.K.R
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Dalam mencantikkan jalan-jalan di negeri Selangor khususnya jalan negeri dan PBT telah pun dilaksanakan dengan jayanya, mendukacitakan terdapat jalanjalan persekutuan yang tidak memuaskan. kenapakah ini terjadi.