57) PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah serta alamat perpustakaan-perpustakaan awam yang telah diusahakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
-
Bagaimanakah PPAS mengambil keputusan terhadap lokasi perpustakaan awam yang baru?
57) BONUS UNTUK KAKITANGAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi bonus mengikut prestasi atau pencapaikan kerja penjawat awam, berbanding cara sekarang dimana semua mendapat bonus yang sama tidak kira prestasi kerja?
-
Apakah cara lain yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi insentif kepada kakitangan?
57) GERAN TAHUNAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan berhasrat untuk memberikan geran tahunan kepada persatuan belia dan sukan yang terdapat dalam Negeri Selangor?
57) KEBUDAYAAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar negeri untuk membangunkan bidang kebudayaan?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri mempromosikan kebudayaan negeri kepada para pelancong di Selangor?
57) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan usaha kerajaan dalam menangani isu pencemaran sungai.
-
Apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengelakkan pencemaran amonia di Sungai Langat berulang?
-
Apakah yang akan di lakukan oleh kerajaan selepas ini?
57) UPAH KERANI KAWASAN, PEMBANTU, PEGAWAI TADBIR PUSAT KHIDMAT ADN DAN ANGGOTA-ANGGOTA MMKN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama dan upah bulanan yang dibayar kerajaan kepada setiap kerani kawasan yang ditempatkan di setiap Pusat Khidmat AND sehingga September 2013.
-
Senaraikan nama dan upah bulanan yang dibayar kerajaan kepada setiap pembantu, pegawai tadbir dan sebagainya yang ditempatkan di setiap pejabat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga September 2013.
57) JAWATANKUASA TETAP ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan tujuan dan objektif Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
-
Sila senaraikan ahli-ahli yang terlibat dalam Jawatankuasa ini berserta latar belakang.
57) ISU FAS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Apakah sebab utama Kerajaan Negeri tidak menjawab permohonan pasukan bola sepak Selangor unutk meminjam Stadium Shah Alam bagi tujuan Piala FA Malaysia?
58) MASALAH PUSAT SIBER MENJALANKAN AKTIVITI BERJUDI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Apakah cara Kerajaan membanteras masalah pusat siber berunsur perjudian yang semakin berleluasa?
-
Adakah agensi kerajaan lain seperti polis, Kementerian Kerajaan Persekutuan, Tenaga Nasional Berhad memberi kerjasama penuh?
-
Apakah kekangan yang dihadapi untuk membanteras masalah tersebut?
58) PELUPUSAN SAMPAH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membina insinerator (alat pembakar sampah) terutamanya di kawasan bandar bawah pentadbiran MBPJ, MPSJ dan MBSA? Sila berikan butir-butir
-
Berapakah kapasiti tanah-tanah pelupusan sampah sedia ada dan adakah ini mencukupi keadaan semasa?