57) DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah dewan orang ramai ataupun balai raya yang telah dibina di dalam kawasan Taman Templer bagi tempoh lima tahun yang lalu?
-
Siapakah yang mengurus dan menyelenggarakan dewan orang ramai ini?
-
Berapakah peruntukkan yang telah di sediakan bagi tujuan ini?
57) ASRAMA PEKERJA ASING DI KAWASAN PERINDUSTRIAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri melihat pembinaan asrama setempat yang memusatkan pekerja-pekerja asing di kawasan perindustrian sebagai satu bentuk usaha yang berkesan dalam menangani masalah lambakan warga asing yang berkeliaran tanpa pemantauan?
57) LAWATAN KE TEMPAT BENCANA ALAM
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan pegawai kerajaan negeri yang lazimnya mengiringi YAB Dato Menteri Besar ke lawatan-lawatan di tempat yang dilanda bencana alam untuk menemui mangsa?
-
Berapakah kos perbelanjaan lawatan-lawatan seumpama itu?
-
Apakah amalan yang akan dipraktikkan dalam penyampaian bantuan kepada mangsa bencana alam?
57) JALAN LINGKARAN TENGAH II ATAU MRR2
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Jalan Lingkaran Tengah II atau MRR2 merupakan salah satu infrastruktur terpenting yang merancakkan pertumbuhan ekonomi, perniagaan serta menjadi penghubung bagi warga Selangor dan Wilayah Persekutuan. Banyak kepentingan ekonomi kerajaan Pusat juga disokong dan berteraskan kepada MRR2. Sila kemukakan semua agensi dan perbadanan kerajaan Pusat, kerajaan Selangor dan pihak Bandaraya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terlibat dalam mengurus, menyelia dan menyelenggara MRR2
-
Sila kemukakan kos yang ditanggung (jika ada) oleh kerajaan negeri Selangor dalam mengurus, menyelia dan menyelenggarakan sejak MRR2 mula beroperasi dan berapa peratuskah tanggungan ini berbanding dengan kos keseluruhan.
-
Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan Negeri Selangor melalui pihakPihak Berkuasa Tempatan berkenaan bagi mengatasi pelbagai kelemahan penyelenggaraan MRR2 seperti terdapat banyaknya lokasi-lokasi berbahaya, kawasankawasan sesak lalu lintas dan masalah kebersihan sekitar terutamanya laluan MRR2 yang melintasi kawasan Hulu Kelang.
57) PENDAPATAN PASIR TERKINI
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah hasil pendapatan pasir yang terkini dari segi cukai, premium dan royalti dan bagaimana wang ini telah digunakan untuk pembangunan di negeri Selangor?
-
Adakah Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) bercadang untuk membekalkan pasir halus yang mempunyai pasaran yang besar di Selangor dengan harga yang lebih munasabah?
57) PENANAMAN HERBA – BELALAI GAJAH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Merujuk pokok belalai gajah sebagai penawar kanser. Apakah langkah untuk membangunkan penyelidikan herba ini?
-
Apakah insentif bagi penanaman secara besar-besaran herba ini?
-
Apakah rancangan penanaman herba ini sebagai projek Laman Herba?
57) PROJEK TERBENGKALAI- PANGSAPURI BUKIT PANDAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan status Pangsapuri Bukit Pandan.
-
Adakah projek ini telah diambil alih oleh mana-mana pihak?
-
Bolehkan kerajaan mengusahakan projek tersebut. Sila nyatakan caranya
57) HUTAN SIMPANAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Senarai jumlah kawasan hutan simpanan yang telah berjaya di pulihara selepas 2008.
-
Apakah masalah yang dihadapi dalam pemuliharaan hutan simpanan paya gambut Raja Musa?
-
Apakah masalah yang dihadapi dalam pemuliharaan hutan paya bakau?
57) SIJIL KELAYAKAN PENDUDUKAN (CF)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah unit rumah yang belum memperoleh CF dalam MPS daripada tahun 2006 hingga 2009 mengikut PBT.
-
Apakah punca-punca utama yang menyebabkan kelewatan dalam penyerahan CF mengikut projek yang disenaraikan?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan CF di isukan dalam tempoh yang ditetapkan bagi menjamin hak pembeli rumah.
57) TASK FORCE PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008 telah memulakan suatu task force khas yang diketuai oleh YB Iskandar dan YB Saari Sungib untuk menghidupkan semula projek - projek perumahan yang terbengkalai. Senaraikan projek-projek yang telah berjaya di majukan semula atas usaha task force ini
-
Dalam cara apakah Task Force ini telah menjadi pemudah cara untuk melakukan koordinasi di antara pemaju, Pentadbir Tanah , Pihak Berkuasa Tempatan , Bank dan pembeli agar perumahan dapat dihidupkan semula dengan segera?
-
Apakah peranan yang telah dimainkan oleh task force ini untuk membantu kontraktor penyelamat ECL Management untuk menghidupkan projek RKR di Bandar Pinggiran Subang , U5 Shah Alam