57) MASALAH PEDOFILIA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan peranan dan tanggungjawap kerajaan untuk membantu mangsa pedofilia di Selangor.
-
Bagaimanakah kerajaan dapat menangani masalah ini yang menjadi salah satu punca gejala sosial yang merosakkan kerharmonian dan kebahagian rumah?
57) MIGRASI BELIA DARI LUAR BANDAR KE BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Migrasi belia dari luar bandar ke bandar semakin ketara, apakah langkahlangkah pencegahan yang diambil oleh Kerajaan Selangor?
57) INSENTIF UNTUK ATLET SUKAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan insentif-insentif yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk semua atlet Sukan Negeri Selangor yang bertanding di sukan antarabangsa untuk mengharumi nama Malaysia dan Negeri.
57) TANAH YANG DIMILIKI OLEH PARTI-PARTI POLITIK
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Terdapat tanah dan balairaya yang dibeli, didirikan atau dimiliki oleh parti-parti politik. Sila mengemukakan satu senarai bagi DUN Balakong dan DUN yang lain jika diminta bahawa berapa tanah dan balairaya adalah berstatus dimiliki oleh parti-parti politik?
-
Sekiranya senarai ini telah disusunkan, sila menyatakan juga tentang status tanah atau balairaya tersebut sebelum dijual kepada parti-parti politik berkenaan.
57) LEMBAGA URUS AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah anggota penguatkuasa yang ada di LUAS
-
Apakah kaedah pemantauan terhadap Sungai Semenyih dan Sungai Selangor supaya sentiasa di bawah keadaan yang selamat?
-
Nyatakan "Standard Operating Procedure" (SOP) terhadap laparon pencemaran yang diterima.
57) TANGKI SIMPANAN AIR DI FLAT-FLAT PPR KOTA DAMANSARA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Berapa unit tangki flat-flat PPR Kota Damansara yang telah diselenggara selama tempoh 6 bulan yang lepas?
-
Nyatakan nama flat-flat PPR Kota Damansara yang telah melalui penyelenggaraan tangki air?
-
Nyatakan nama kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja pembersihan tangki air?
57) LOOK OUT POINT, HULU LANGAT
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Kenapa Look Out Point ditutup?
-
Berapakah sewa yang dikenakan atas pengusaha Look Out Point setiap bulan atau setiap tahun?
57) OPERASI PEMBENIHAN AWAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah operasi pembenihan awan yang dilakukan di kawasan tadahan air Empangan Sg Selangor mengikut bulan pada tahun 2014
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk operasi pembenihan awan jika musim kemarau terus melanda Selangor pada separuh kedua tahun ini.
57) PERUNTUKAN INFRA STRUKTUR KEPADA JMB SELAIN DARIPADA SKIM CERIA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan infrastruktur selain daripada Skim CERIA kepada low cost apartment yang tidak mampu menaiktaraf infra struktur dalam kawasan JMB?
57) MASALAH BANJIR DI KAMPUNG MELAYU SUBANG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah, sedang dan akan dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut?