57) SENARAI AHLI POLITIK YANG TERLIBAT DALAM GLC SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan Y.B.-Y.B. atau ahli politik yang dilantik sebagai direktor dalam mana-mana GLC kerajaan Negeri Selangor.
-
Adakah direktor tersebut dapat bonus atau apa-apa sumbangan daripada syarikat tersebut? Sila perincikan segala bonus atau sumbangan jika ada.
57) TEMPOH PAJAKAN TAPAK KEDIAMAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapa permohonan lanjutan tempoh pajakan telah dibuat mengikut daerah ?
-
Berapa permohonan telah diluluskan oleh pihak pentadbir Tanah mengikut daerah ?
-
Berapakah permohonan di Dun Sg.Pelek dan berapa sudah di lulus setakat ini ?
57) ISU SAMBUNGAN TRAFIK ANTARA TAMAN BUKIT SERDANG SEKSYEN 14 DENGAN LEBUHRAYA BUKIT JALIL
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Kerajaan Pusat dan DBKL untuk mencari satu pendekatan bagi membuka satu jalan baru di antara Taman Bukit Serdang Sek 14, Technology Park Malaysia dan Lebuhraya Bukit Jalil untuk menyuraikan trafik di kawasan yang berkenaan?
57) SUKAN DAN MASJID
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang telah diambil bagi memastikan keseimbangan antara Sukan dan Masjid supaya kedua-duanya mencapai matlamat?
-
Apakah langkah yang diambil bagi memastikan pasukan bola sepak Negeri Selangor kembali cemerlang?
57) JPS DAERAH HULU SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Selangor sejak tahun 2020.
-
Nyatakan status terkini Pelan Tebatan Banjir dan kerja-kerja yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah banjir yang berlaku bertahun-tahun di kawasan perumahan Batu 30, Ulu Yam.
57) PROJEK TERBENGKALAI DAN PROJEK SAKIT DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan projek terbengkalai dan projek sakit di Selangor setakat Januari 2017?
-
Apakah polisi Kerajaan Selangor untuk melindungi pembeli-pembeli rumah projek terbengkalai atau projek sakit?
-
Sila kemukakan senarai kes-kes Kerajaan Selangor berjaya memulihkan projek terbengkalai ataupun projek sakit
57) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi PeBS secara keseluruhan?
-
Sila senaraikan 10 DUN PeBS yang paling aktif.
57) PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek perumahan terbengkalai yang telah dikenal pasti tetapi masih belum mempunyai kontraktor ataupun pemaju penyelamat di Daerah Hulu Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memulihkan Projek Pembesaran Kampung Jawa (Taman Desa Beringin) . Jika tidak, nyatakan sebabnya?
57) JAWATANKUASA TETAP ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan tujuan dan objektif Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
-
Sila senaraikan ahli-ahli yang terlibat dalam Jawatankuasa ini berserta latar belakang.
57) HALAL SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan program Halal Selangor terutamanya kepada golongan wanita dan ibu tunggal di Selangor?
-
Adakah program Halal Selangor ini memberi impak besar kepada usahawan baru atau hanya fokus kepada usahawan yang telah berjaya?