6) PRODUK INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Berapakah nilai dan sumbangan sektor IKS khasnya IKS makanan ringan kepada ekonomi negeri?
-
Adakah kerajaan negeri membantu dalam mempromosikan produk IKS seperti makanan ringan kerepek dan kuih-kuih tempatan?
6) SENARAI KAWASAN-KAWASAN CERUN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berdasarkan kajian risiko cerun dan pemetaan, saya meminta Kerajaan Negeri untuk menyenaraikan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi dan sederhana dalam kawasan Bukit Antarabangsa dan Hulu Kelang
6) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
PKPS ditubuhkan untuk memajukan industri pertanian di negeri Selangor bagi manfaat rakyat. Nyatakan program atau projek PKPS untuk manfaat langsung rakyat Selangor?
-
Adakah PKPS terlibat dalam usaha melahirkan usahawan tani?
-
Apakah unjuran keuntungan PKPS untuk disumbangkan kepada kerajaan negeri?
6) KUTIPAN SAMPAH BAGI KAMPUNG TRADISI DI PAYA JARAS (KAMPUNG PAYA JARAS, KAMPUNG MERBAU SEMPAK, KAMPUNG KUBU GAJAH)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kaedah kutipan sampah semasa yang dilakukan di kawasan-kawasan ini.
-
Adakah tempat pengumpulan sampah sementara dibina dengan sempurna?
-
Apakah masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam melaksanakan kutipan sampah di kawasan ini?
6) PROJEK INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Apakah projek infrastruktur dan kemudahan awam yang telah dijalankan oleh kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008? Sila senaraikan dengan kos dan status kerja.
6) BANTUAN SELANGOR BANGKIT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima bantuan Selangor Bangkit Setakat ini? Perincikan mengikut Daerah
-
Selain bantuan BSB, adakah ada bantuan tambahan yang akan diberikan kepada mangsa banjir?
6) KEHADIRAN AHLI DEWAN NEGERI KE MESYUARAT JAWATANKUASA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kehadiran setiap Ahli Dewan Negeri ke setiap satu mesyuarat Jawatankuasa, Jawatankuasa Pilihan serta Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negeri Selangor serta lawatan-lawatan tapak serta kunjungan-kunjungan kehormat yang diadakan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa ini untuk tahun 2023 dan 2024 sehingga sekarang.
6) TANAH REZAB MELAYU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapa luaskah tanah rezab Melayu di Selangor yang sudah bertukar status mengikut tahun bermula 1986 dan daerah? Nyatakan status baru tanah?
6) PERTELINGKAHAN ANTARA FAS DENGAN FAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab utama FAS enggan melepaskan pemain-pemain Selangor kepada pasukan kebangsaan dalam persediaan melawan pasukan Liverpool memandangkan peluang beraksi bersama-sama pasukan bertaraf antarabangsa adalah sangat penting bagi pemain-pemain tempatan?
6) Kesan Covid-19 Terhadap Ekonomi Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan-kesan terhadap ekonomi Negeri Selangor akibat pandemik Covid-19?
-
Nyatakan hasil pendapatan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020.
-
Nyatakan jumlah pelaburan luar negeri dan dalam negeri pada tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020.