56) PENGAMBILAN KAWASAN HUTAN UNTUK PEMBANGUNAN PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah saiz hutan diterokai untuk pembangunan projek Kerajaan Persekutan, khususnya di DUN Teratai dalam tempoh Mei 2013 hingga Jun 2017?
-
Berapakah pembayaran yang dibayar oleh penerokai hutan (Pemaju/ Syarikat Konsesi Lebuhraya) kepada Kerajaan Selangor?
56) JAWATANKUASA TINDAKAN DAERAH
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri telah memansuhkan Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD)? Jika ya, nyatakan sebab-sebabnya.
-
Nyatakan perbezaan Jawatankuasa Tindakan Daerah dengan Jawatankuasa Pembangunan Daerah.
56) JANGKAAN PELABURAN 2023
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran jumlah pelaburan masuk dan keluar pada suku tahun 2022?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menambah pelaburan baru dan anggaran pelaburan pada tahun 2023?
56) PROGRAM KERAJAAN SELANGOR UNTUK MEMBANTU PIHAK PENGURUSAN BANGUNAN BERSTRATA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan program-program ditawarkan kepada pihak pengurusan bangunan berstrata di Selangor
-
Berapakah peserta dan penerima program-program tersebut di DUN Teratai?
56) KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN PADANG AWAM SEBAGAI TEMPAT BERIADAH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Majlis Perbandaran Selayang memasang papan tanda melarang orang awam bermain bola sepak di padang taman-taman perumahan atas sebab keselamatan kenderaan dan rumah berhampiran. Tindakan ini menimbulkan kemarahan ramai penduduk setempat kerana padang berkenaan tidak lagi dapat digunakan untuk beriadah. Namun, padang ini turut dicemari longgokan najis anjing liar dan anjing bertuan yang membiarkan anjing-anjing peliharaan mereka membuang najis di atas padang sehingga sukar bagi komuniti setempat hendak mengadakan aktiviti dengan selesa. Adakah pihak Kerajaan Negeri akan menyalurkan dana kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk memagar padang di taman-taman perumahan bagi menjamin kebersihan padang dan sekaligus memberi peluang kepada anak-anak muda beriadah secara sihat bermain bola sepak di padang berkenaan tanpa membahayakan kenderaan atau rumah di sekitar
56) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu pembeli rumah yang terlibat dalam Projek Perumahan Terbengkalai?
-
Senaraikan nama Syarikat dan nama kawasan Taman Perumahan yang terlibat di Daerah Kuala Langat & Klang.
-
Adakah Kerajaan Negeri menyenarai hitamkan Syarikat Pemaju Rumah yang tersebut di atas?
56) POLISI ANTI DISKRIMINASI DAN PROGRAM PERPADUAN KAUM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri terdapat apa-apa polisi anti diskriminasi terhadap kaum yang dilaksanakan di bawah Kerajaan Negeri Selangor? (Sebagai contoh: Undang-undang anti diskriminasi di tempat kerja). Sekiranya ada, sila senaraikan.
-
Apakah Kerajaan Negeri pernah melaksanakan apa-apa program yang khususnya bagi mengalakkan perpaduan kaum rakyat Malaysia?
56) PENDAFTARAN E-KASIH DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Dengan kerjasama yang lebih rapat antara Kerajaan Negeri dan ICU, apakah tempoh masa maksimum untuk memproses dan meluluskan/menolak satu pendaftaran e-Kasih?
56) AIR MENTAH SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan jumlah hujan yang diterima oleh Selangor setiap bulan dari tahun 2007 hingga 2014.
-
Sila bekalkan purata paras air bulanan untuk setiap empangan Selangor dari tahun 2007 hingga 2014.
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah perubahan iklim?
56) MATLAMAT JANGKA PANJANG PROGRAM HIJRAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah ukuran keberkesanan program ini?
-
Berapakah peratusan peningkatan pendapatan peserta program ini?
-
Apakah strategi HIJRAH bagi melahirkan peserta yang tidak lagi bergantung kepada bantuan yang diberikan?