56) INSIDEN BANGUNAN RUNTUH Ð JAYA SUPERMARKET
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah laporan penuh mengenai insiden runtuhan?
-
Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan dapat mengelak perkara yang serupa daripada berlaku?
56) PEMBINAAN SISTEM PERPARITAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerja-kerja pembinaan sistem parit di kawasan perumahan baru Taman Gembira Jalan Cermai 3,4&6, Jenjarom mengikut piawaian dan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pengaliran dan Sungai? Sila berikan saiz keluasan dan kedalaman parit ini dibina
-
Mengapakah penyambungan dengan sistem parit sedia ada di tepi taman perumahan lama adalah jauh perbezaan dari segi kedalaman dan diameter keluasannya?
-
Adakah kerja-kerja ini mendapat kelulusan PBT tempatan.
56) PELANCONGAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri mahu memperkenalkan dasar 1 Produk 1 PBT. Apakah status dasar 1 Produk 1 PBT tersebut
-
Apakah produk pelancongan bagi Majlis Daerah Kuala Langat
-
Bagaimana dasar ini dilaksanakan untuk menarik pelancong asing
56) KEBAJIKAN SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai skim-skim kebajikan yang ditawarkan kepada rakyat Selangor.
-
Sejauh manakah skim-skim berkenaan dapat menolong rakyat Selangor?
56) PRESTASI PROGRAM-PROGRAM ILTIZAM SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status pencapaian serta prestasi program-program Iltizam Selangor Penyayang sehingga kini?
56) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak projek perumahan yang masih terbengkalai dalam Negeri Selangor hasil peninggalan bekas kerajaan terdahulu dan nyatakan di manakah taburan projek terbengkalai ini berlaku?
-
Berapa banyak unit yang terlibat serta apakah status pembinaan dan pembayaran pembeli di setiap projek?
-
Apakah punca atau sebab ia terbengkalai dan adakah tindakan sudah diambil atau bakal diambil ke atas pemaju yang melanggar peraturan serta apakah rancangan pemulihan bagi meringankan beban pembeli yang menjadi mangsa?
56) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang tidak dapat dibelanjakan bagi tahun 2013 & 2014?
-
Nyatakan sebab peruntukan ini tidak dapat belanjakan dan apakah langkah-langkah untuk mempastikan peruntukan ini dapat dibelanjakan sepenuhnya bagi tahun 2015?
56) Keterbatasan Adn Untuk Berfungsi
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Dewan bersidang beberapa hari sahaja setahun. ADN tidak terlibat dalam mesyuarat PBT. Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah tidak berlangsung. Bagaimanakah ADN boleh berfungsi dengan efektif membawa suara dan kepentingan rakyat apabila terkekang daripada berinteraksi melalui mesyuarat peringkat PBT dan Majlis Daerah?
56) KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan, jenis bas (contoh: bas coaster, bas shuttle), jumlah bas percuma dan nombor bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Tempatan (termasuk PJCity Bus).
-
Sila senaraikan kajian terhadap pengangkutan awam di bawah Negeri Selangor terutamanya di sekitar kawasan Petaling Jaya dan Bandar Utama sekiranya ada.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menggunakan bas coaster di sesetengah kawasan? Jika ya, bila ianya akan dijalankan dan bagaimana Kerajaan menentukan kawasan tersebut?
56) PENGUNAAN BALAI JKKK UNTUK KEGIATAN PARTI POLITIK
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah keadaan ini terus dibenarkan berlaku?