56) PROFAIL KEMISKINAN BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah cukai tertunggak bagi tahun 2008 hingga 2014 mengikut PBT?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah cukai tertunggak?
56) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak projek perumahan yang masih terbengkalai dalam Negeri Selangor hasil peninggalan bekas kerajaan terdahulu dan nyatakan di manakah taburan projek terbengkalai ini berlaku?
-
Berapa banyak unit yang terlibat serta apakah status pembinaan dan pembayaran pembeli di setiap projek?
-
Apakah punca atau sebab ia terbengkalai dan adakah tindakan sudah diambil atau bakal diambil ke atas pemaju yang melanggar peraturan serta apakah rancangan pemulihan bagi meringankan beban pembeli yang menjadi mangsa?
56) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MPK
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah skop kerja KDEB dalam pengambilalihan pengurusan sisa pepejal di MPK?
-
Apakah struktur bayaran Kerajaan Negeri dan MPK kepada KDEB?
-
Berapa bulan atau tempoh yang akan diberi kepada KDEB untuk membuktikan bahawa mereka boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada sebelum ini?
56) PRESTASI PROGRAM-PROGRAM ILTIZAM SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status pencapaian serta prestasi program-program Iltizam Selangor Penyayang sehingga kini?
56) PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai status terkini Panel Penasihat Klinik Kesihatan di Selangor memandangkan ramai calon belum mendapat surat pelantikan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
56) PROSES KUATKUASA KEPUTUSAN MESYUARAT EXCO
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan sedar ada tempuh masa yang agak lama antara keputusan EXCO dengan perlaksanaan kuatkuasa di peringkat Kerajaan/Jabatan/PBT?
-
Jika ya, adakah kerajaan bercadang mengkaji kelemahan atau redtape bagi memperbaikinya?
-
Atau, kerajaan berpuas hati dengan kedudukan sekarang?
56) SENARAI IBU TUNGGAL BAWAH DUN BANDAR UTAMA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan nama-nama dan informasi (no. telefon / email dan sebagainya) ibu-ibu tunggal di bawah DUN Bandar Utama.
56) PINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA (PBUDN)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan PBUDN Kerajaan Selangor dan jumlah penerima yang telah berjaya mendapat pinjaman dalam tahun 2023?
-
Berapakah yang yang telah memohon dan berapakah jumlah pelajar layak tetapi ditolak kerana peruntukan yang tidak mencukupi?
-
Adakah peruntukan untuk PBUDN dinaikan setiap tahun dan jumlah pelajar yang berjaya ditambah setiap tahun? Berikan butiran jumlah pelajar yang berjaya bermula tahun 2018 hingga 2023.
56) MOTOR ELEKTRIK
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk menggalakkan kegunaan motor elektrik?
-
Adakah kerajaan merancang untuk wujud laluan khas motor untuk memastikan keselamatan penunggang motosikal? Seperti laluan khas basikal.
-
Apakah cara kerajaan untuk menggalak kegunaan motor elektrik untuk mengurangkan perlepasan karbon dan kesesakan jalan?
56) PENEROKAAN TANAH SECARA HARAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah tangkapan yang dilakukan kerajaan negeri kepada peneroka tanah secara haram di Selangor pada tahun 2014?
-
Apakah tindakan yang dikenakan kepada peneroka tanah secara haram jika didapati bersalah?