56) PROGRAM KERAJAAN SELANGOR UNTUK MEMBANTU PIHAK PENGURUSAN BANGUNAN BERSTRATA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan program-program ditawarkan kepada pihak pengurusan bangunan berstrata di Selangor
-
Berapakah peserta dan penerima program-program tersebut di DUN Teratai?
56) MOTOR ELEKTRIK
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk menggalakkan kegunaan motor elektrik?
-
Adakah kerajaan merancang untuk wujud laluan khas motor untuk memastikan keselamatan penunggang motosikal? Seperti laluan khas basikal.
-
Apakah cara kerajaan untuk menggalak kegunaan motor elektrik untuk mengurangkan perlepasan karbon dan kesesakan jalan?
56) PENEROKAAN TANAH SECARA HARAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah tangkapan yang dilakukan kerajaan negeri kepada peneroka tanah secara haram di Selangor pada tahun 2014?
-
Apakah tindakan yang dikenakan kepada peneroka tanah secara haram jika didapati bersalah?
56) FELDA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah keberkesanan sistem penyaluran maklumat kita kepada rakyat, terutama di gugusan FELDA terutamanya ada yang masih tidak tahu tentang Skim-skim juga Program-program yang dijalankan oleh kerajaan Negeri setakat ini. Perlukah kita tukar dasar penyaluran maklumat supaya ianya lebih Cepat, Cekap dan Berkesan Bagi Memenuhi Kehendak Dan Ekspektasi kita agar rakyat FELDA sentiasa ÒupdateÓ dengan usaha terkini kerajaan terutamanya seperti kita sebut di taklimat GSA Act baru-baru dan adanya Task Force FELDA Selangor.
56) SISA PEPEJAL DOMESTIK DAN PERINDUSTRIAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan untuk mengurangkan sisa buangan domestik?
-
Berapakah bajet yang diperuntukkan untuk pendidikan dan program kitar semula?
-
Apakah rancangan dalam penyelenggaraan sisa perindustrian?
56) POLISI ANTI DISKRIMINASI DAN PROGRAM PERPADUAN KAUM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri terdapat apa-apa polisi anti diskriminasi terhadap kaum yang dilaksanakan di bawah Kerajaan Negeri Selangor? (Sebagai contoh: Undang-undang anti diskriminasi di tempat kerja). Sekiranya ada, sila senaraikan.
-
Apakah Kerajaan Negeri pernah melaksanakan apa-apa program yang khususnya bagi mengalakkan perpaduan kaum rakyat Malaysia?
56) HASIL PERTANIAN TIDAK DAPAT DIPASARKAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri membantu petani-petani yang tidak dapat memasarkan hasil pertanian mereka disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan?
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian jumlah kerugian yang ditanggung oleh petani akibat perkara tersebut?
56) APAKAH PENCAPAIAN YANG BOLEH DISIMPULKAN OLEH KN UNTUK MENYELESAIKAN ADUAN POTH HOLE DI SELANGOR SELEPAS PENGGUNAAN (IRS)?
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah aduan dan status pada tahun 2017 mengikut susunan setiap kes yang disalurkan ke PBT, JKR, Syarikat Utiliti dan Pejabat Daerah dan Tanah?
56) PRESTASI ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah keuntungan atau kerugian semua anak syarikat kerajaan negeri pada tahun 2014?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi mengatasi kerugian oleh anak syarikat kerajaan negeri?
56) KES GANGGUAN MENTAL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kes gangguan mental mengikut daerah dari tahun 2020 hingga kini.
-
Apakah punca berlakunya gangguan ini?
-
Strategi kerajaan dalam menangani masalah ini.