56) JALAN-JALAN MARRIS KOTA DAMANSARA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang telah diperuntukan oleh Kerajaan Pusat kepada Negeri Selangor didalam tempoh 5 tahun yang lepas?
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang telah digunakan untuk membaiki pulih bagi kawasan Kota Damansara di dalam tempoh 5 tahun yang lepas?
-
Senaraikan projek-projek MARRIS bagi jalan dan longkang bagi kawasan Kota Damansara di dalam tempoh 5 tahun yang lepas.
56) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang tidak dapat dibelanjakan bagi tahun 2013 & 2014?
-
Nyatakan sebab peruntukan ini tidak dapat belanjakan dan apakah langkah-langkah untuk mempastikan peruntukan ini dapat dibelanjakan sepenuhnya bagi tahun 2015?
56) Keterbatasan Adn Untuk Berfungsi
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Dewan bersidang beberapa hari sahaja setahun. ADN tidak terlibat dalam mesyuarat PBT. Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah tidak berlangsung. Bagaimanakah ADN boleh berfungsi dengan efektif membawa suara dan kepentingan rakyat apabila terkekang daripada berinteraksi melalui mesyuarat peringkat PBT dan Majlis Daerah?
56) KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan, jenis bas (contoh: bas coaster, bas shuttle), jumlah bas percuma dan nombor bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Tempatan (termasuk PJCity Bus).
-
Sila senaraikan kajian terhadap pengangkutan awam di bawah Negeri Selangor terutamanya di sekitar kawasan Petaling Jaya dan Bandar Utama sekiranya ada.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menggunakan bas coaster di sesetengah kawasan? Jika ya, bila ianya akan dijalankan dan bagaimana Kerajaan menentukan kawasan tersebut?
56) PENGUNAAN BALAI JKKK UNTUK KEGIATAN PARTI POLITIK
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah keadaan ini terus dibenarkan berlaku?
56) PERUNTUKAN DUN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi N1 Sg. Air Tawar tahun 2009.
56) PROFAIL KEMISKINAN BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah cukai tertunggak bagi tahun 2008 hingga 2014 mengikut PBT?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah cukai tertunggak?
56) JALAN-JALAN DI BAWAH PENGENDALIAN PEMAJU
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sekiranya sesetengah jalan yang digunakan oleh orang awam masih di bawah pengendalian pemaju namun dalam keadaan yang tidak memuaskan, apakah kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri bagi memastikan pemaju menyelenggarakan jalan itu kepada keadaan yang lebih baik?
56) PRESTASI PROGRAM-PROGRAM ILTIZAM SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status pencapaian serta prestasi program-program Iltizam Selangor Penyayang sehingga kini?
56) PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai status terkini Panel Penasihat Klinik Kesihatan di Selangor memandangkan ramai calon belum mendapat surat pelantikan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.