55) PELABURAN ASING
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Nampaknya pelaburan asing yang dibawa masuk ke Negeri Selangor makin berkurang semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Pada tahun 2009 berapa jumlah pelaburan asing berlabur di Selangor?
-
Berapa peluang pekerjaan telah diwujudkan kerana pelaburan asing?
55) STATUS PROJEK SABDA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah projek ini telah dimulakan?
-
Apakah syarikat dan rakan kongsi yang terlibat dalam projek kilang pemprosesan ikan tuna di Sungai Lang?
55) PEMBAIKAN JALAN SUNGAI KAPAR INDAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Bilakah jalan ini akan diperbaiki dan dibuka ke semua lorong kerana kawasan industri Taman Sungai Kapar Indah yg berdekatan makin banyak telah beroperasi?
56) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak projek perumahan yang masih terbengkalai dalam Negeri Selangor hasil peninggalan bekas kerajaan terdahulu dan nyatakan di manakah taburan projek terbengkalai ini berlaku?
-
Berapa banyak unit yang terlibat serta apakah status pembinaan dan pembayaran pembeli di setiap projek?
-
Apakah punca atau sebab ia terbengkalai dan adakah tindakan sudah diambil atau bakal diambil ke atas pemaju yang melanggar peraturan serta apakah rancangan pemulihan bagi meringankan beban pembeli yang menjadi mangsa?
56) PELANCONGAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri mahu memperkenalkan dasar 1 Produk 1 PBT. Apakah status dasar 1 Produk 1 PBT tersebut
-
Apakah produk pelancongan bagi Majlis Daerah Kuala Langat
-
Bagaimana dasar ini dilaksanakan untuk menarik pelancong asing
56) KEBAJIKAN SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai skim-skim kebajikan yang ditawarkan kepada rakyat Selangor.
-
Sejauh manakah skim-skim berkenaan dapat menolong rakyat Selangor?
56) PRESTASI PROGRAM-PROGRAM ILTIZAM SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status pencapaian serta prestasi program-program Iltizam Selangor Penyayang sehingga kini?
56) Keterbatasan Adn Untuk Berfungsi
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Dewan bersidang beberapa hari sahaja setahun. ADN tidak terlibat dalam mesyuarat PBT. Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah tidak berlangsung. Bagaimanakah ADN boleh berfungsi dengan efektif membawa suara dan kepentingan rakyat apabila terkekang daripada berinteraksi melalui mesyuarat peringkat PBT dan Majlis Daerah?
56) KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan, jenis bas (contoh: bas coaster, bas shuttle), jumlah bas percuma dan nombor bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Tempatan (termasuk PJCity Bus).
-
Sila senaraikan kajian terhadap pengangkutan awam di bawah Negeri Selangor terutamanya di sekitar kawasan Petaling Jaya dan Bandar Utama sekiranya ada.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menggunakan bas coaster di sesetengah kawasan? Jika ya, bila ianya akan dijalankan dan bagaimana Kerajaan menentukan kawasan tersebut?
56) PENGUNAAN BALAI JKKK UNTUK KEGIATAN PARTI POLITIK
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah keadaan ini terus dibenarkan berlaku?