55) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah 30% daripada sewaan akan dipulangkan balik kepada penyewa sekiranya mereka masih tidak mampu membeli rumah selepas tempoh 5 tahun maksima menyewa rumah dibawah Skim Smart Sewa?
-
Adakah penduduk dipaksa pindah selepas tempoh 5 tahun menyewa rumah dibawah skim ini?
55) TANAH HESI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah-tanah HESI yang telah diberikan kepada institusi agama selain Islam mengikut agama dan daerah masing-masing.
-
Senaraikan tanah-tanah HESI yang belum diberikan hak pengurusan kepada mana-mana pihak mengikut daerah masing-masing.
55) KUPON AIR PERCUMA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri dikatakan telah memberikan kupon air percuma 20m padu pertama untuk penghuni rumah pangsa yang menggunakan meter pukal. Bagaimanakah mekanisme pemberian kupon, dan berapa kos yang telah dikeluarkan sejak ia mula diperkenalkan?
-
Penghuni kawasan manakah yang telah diberikan kupon tersebut?
-
Berapa ramaikan penghuni rumah pangsa yang sebenarnya layak mendapatkan kupon tersebut di seluruh negeri Selangor?
55) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapa banyakkah projek-projek yang terbengkalai serta bahagikan mengikut kos rendah, sederhana dan mulai menurut majlis Perbandaran.
-
Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan yang lama dalam menangani masalah tersebut dan apakah kesannya?
-
Apakah langkah-Iangkah yang patut dicuba atau diambil supaya keadaan bertambah baik
55) JADUAL PENGANGKUTAN SAMPAH OLEH KDEB
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jadual pengangkutan sampah setiap minggu oleh KDEB di bawah DUN Bandar Utama berdasarkan kawasan kontraktor.
-
Sila senaraikan nama-nama dan maklumat perhubungan untuk setiap kontraktor yang bertanggungjawab bagi kawasan masing-masing.
55) PERNIAGAAN TANPA LESEN DI KAWASAN PBT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah proses penguatkuasaan dilaksanakan untuk menangani masalah perniagaan tanpa lesen terutama di tepi-tepi jalan dan kaki lima di seluruh PBT Negeri Selangor?
55) JAWATANKUASA PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan perumahan pangsa dan bertingkat yang bermasalah untuk mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB)?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan permasalahan tersebut?
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk membantu kawasan perumahan yang JMB mereka tidak dapat berfungsi dengan efisien?
55) PROJEK PENCAHAYAAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek pencahayaan di kampung tradisi Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi projek pencahayaan di Kampung Tradisi Negeri Selangor dari tahun 2015 sehingga kini?
55) TAWARAN KERJA TENDER TERENDAH DI MBSA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kerja-kerja kontrak di MBSA yang gagal dilaksanakan lantaran tawaran tender diberi kepada tawaran harga tender terendah ?
-
Apakah langkah MBSA untuk mengatasi masalah kontraktor yang gagal untuk melaksanakan kontrak yang ditawarkan ?
-
Adakah MBSA akan meneruskan polisi harga terendah ini ?
55) PROJEK PENTERNAKAN LEBAH KELULUT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peserta di bawah projek penternakan lebah kelulut?
-
Senaraikan bantuan yang telah diberikan?
-
Apakah kekangan dan kelemahan projek ini?