55) PROJEK PERUMAHAN BUKIT BOTAK
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan Negeri Selangor bagi membolehkan penduduk-penduduk asal Bukit Botak mampu membuat pinjaman bank dan akhirnya memiliki rumah yang telah lama diidamkan?
-
Apakah jaminan kerajaan Negeri Selangor bahawa projek ini akan berjalan mengikut jadual dan layak diduduki pada Mac 2012?
55) PERTANIAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Di kawasan Kuala Selangor didapati banyak tanah-tanah milik persendirian dan tanah milik kerajaan negeri yang terbiar dan tidak diuruskan dengan sempurna contohnya Ôfruit valleyÕ. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor dalam bidang pertanian untuk mengusahakan tanah terbiar tersebut dengan secara maksimum
-
Apakah langkah-langkah R&D (Reserch & Development) untuk memajukan industri pertanian serta meningkatkan produktiviti di Selangor?
-
Apakah program / perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memajukan pertanian masyarakat desa supaya mereka dapat memaksimumkan penggunaan tanah mereka untuk menjana pendapatan?
55) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DI HULU SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan permohonan pewartaan tanah rumah ibadat bukan Islam di Hulu Selangor yang telah diluluskan sejak 2018.
-
Apakah status terkini terhadap permohonan tapak rumah ibadat bukan Islam oleh Gereja Morning Star Community Care Centre (no rujukan PTHS 8C/46/2018)?
55) PROJEK CAR KAMPUNG SUNGAI TERENTANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Kenapa masih mempunyai sekatan pemberian hakmilik tanah Kampung Sungai Terentang atas sebab Projek CAR TNB?
-
Apakah tindakan kerajaan bagi menyelesaikan sekatan ini?
55) PENDAPATAN PBT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Huraikan jumlah pendapatan PBT dalam bentuk Ringgit Malaysia mengikut ranking yang tertinggi hingga yang terendah?
-
Sumber manakah yang menghasilkan pendapatan tertinggi?
55) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah 30% daripada sewaan akan dipulangkan balik kepada penyewa sekiranya mereka masih tidak mampu membeli rumah selepas tempoh 5 tahun maksima menyewa rumah dibawah Skim Smart Sewa?
-
Adakah penduduk dipaksa pindah selepas tempoh 5 tahun menyewa rumah dibawah skim ini?
55) KERJA-KERJA MEMBAIKI DAN MENAIKTARAF KEMUDAHAN AWAM TAMAN DAN PADANG
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan laporan kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf kemudahan awam taman atau padang di DUN Teratai dalam tempoh Mei 2013- Jun 2017
-
Sila kemukakan senarai lokaliti padang atau taman di DUN Teratai yang masih belum dilengkapi dengan kemudahan permainan atau senaman sehingga masa kini
55) SASARAN SMART SELANGOR DELIVERY UNIT
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah pelaksanaan yang disasarkan oleh SSDU untuk tahun 2020?
55) PROJEK RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Kebanyakan rumah mampu milik dibina sebagai "service apartment", walaupun harga rumah dikawal tetapi cukai petak adalah tinggi disebabkan status tanah adalah dibawah kategori komersial. Apakah usaha akan dilakukan demi mengurangkan beban pembeli-pembeli sedangkan kebanyakan mereka merupakan golongan B40?
55) TANAH HESI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah-tanah HESI yang telah diberikan kepada institusi agama selain Islam mengikut agama dan daerah masing-masing.
-
Senaraikan tanah-tanah HESI yang belum diberikan hak pengurusan kepada mana-mana pihak mengikut daerah masing-masing.