55) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah pusat dialisis rakyat yang telah beroperasi sepenuhnya?
-
Berapa ramaikah pesakit yang telah didaftarkan melalui program ini? Sila pecahkan mengikut DUN
-
Berapa banyak lagikah pusat dialisis yang masih belum beroperasi dan apakah masalah yang menyebabkan ianya masih tertangguh
55) RUMAH BIDAN KERAJAAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang kuasa dalam pengendalian Rumah Bidan Kerajaan/ Klinik Desa di bawah Selangor? Jika ya, sila nyatakan.
-
Sila senaraikan jumlah Rumah Bidan Kerajaan/ Klinik Desa yang wujud di bawah Negeri Selangor.
-
Sekiranya di kawasan ataupun sekitar kawasan DUN tidak mempunyai Rumah Bidan Kerajaan yang mampu menampung keperluan warga Selangor, bagaimanakah kita dapat memohon supaya Rumah Bidan ini ditambah?
55) PEMBAIKAN JALAN SUNGAI KAPAR INDAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Bilakah jalan ini akan diperbaiki dan dibuka ke semua lorong kerana kawasan industri Taman Sungai Kapar Indah yg berdekatan makin banyak telah beroperasi?
55) STATUS PROJEK SABDA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah projek ini telah dimulakan?
-
Apakah syarikat dan rakan kongsi yang terlibat dalam projek kilang pemprosesan ikan tuna di Sungai Lang?
55) PENDIRIAN KERAJAAN NEGERI DALAM ISU LEBUHRAYA BERTOL
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Pendirian Kerajaan Negeri terhadap empat lagi projek lebuhraya bertol dalam Bajet 2015 iaitu SUKE, Lebuhraya Pantai Barat, DASH dan EKVE sedangkan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) melaporkan bahawa penggunaan jalanraya dan lebuhraya di Selangor telah melampaui kapasiti lebih 60%
55) PROJEK TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek terbengkalai yang masih belum mempunyai kontraktor ataupun pemaju penyelamat di Daerah Hulu Selangor.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah Projek Pembesaran Kampung Jawa (Taman Desa Beringin) yang terbengkalai sejak 2001?
55) ANAK MUDA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan laporan prestasi setiap Ketua PeBT Selangor pada tahun 2014-2015
-
Sila kemukakan maklumat usahawan muda Selangor
55) BANTUAN KERAJAAN SELANGOR TAHUN 2021
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis-jenis bantuan dan jumlah bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Selangor bagi tahun 2021? Siapakah kumpulan sasaran dan penerima?
55) KERAJAAN AMBIL ALIH TANAH PJS 1
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Arahan mengambil alih tanah di PJS 1 seluas 11ekar telah dibuat. Nyatakan tanah mana yang dimaksudkan dan jenis pembangunan yang akan dibina.
-
Adakah tapak kondominium terbabit dalam tanah yang akan dirampas serta bilakah arahan Ôstop workÕ akan diangkat?
55) AHLI LEMBAGA ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Senarai Ahli Lembaga Anak Syarikat Kerajaan Negeri?
-
Apakah kriteria pemilihan tersebut?