55) PEJABAT MCA DAN TADIKA DI JALAN PJS 7/13
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah MCA boleh membina sebuah pejabat dan tadika memandangkan mereka hanya mempunyai lesen menduduki sementara?
-
Sudahkah mereka menghantar permohonan untuk kelulusan pelan bangunan?
-
Adakah Sijil Layak Menduduki bangunan diberi kepada mereka memandangkan bangunan tersebut digunakan sebagai tadika?
55) ISU BANJIR DI JALAN KUYUH, KAMPUNG BARU SERI KEMBANGAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bila projek penaiktarafan rumah pam akan disiapkan dan mula berfungsi
-
Berapa jumlah kos keseluruhan?
-
Adakah projek ini mengalami kelewatan?
55) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Dalam 2014, adakah Dun Sungai Pelek dalam lingkungan pembinaan rumah mampu milik pada masa akan datang?
55) UNISEL
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
-
Apakah halatuju UNISEL di dalan tempoh 5 tahun akan datang dalam konteks mengoptimumkan pengunaan ketiga-tiga kampus Petaling jaya, Bestari Jaya dan Shah Alam?
-
Mengapakah Kesatuan Kakitangan Akademik UNISEL yang telah sah didaftarkan dibawah Kementerian Sumber Manusia tetapi tidak mahu di iktiraf oleh pihak pengurusan UNISEL?
-
Nyatakan bilangan staf UNISEL yang berhenti di dalam tempoh 3 tahun terkini dan apakah faktor mereka meninggalkan UNISEL serta nyatakan usaha yang dibuat oleh pihak UNISEL bagi mengekang penghijrahan keluar staf yang berpengalaman?
55) JALAN UTAMA PARIT 5 SEKINCHAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilakah kerja-kerja membaiki dan menaik taraf jalan utama Parit 5 menuju ke Site A Sekinchan akan dimulakan ?
-
Sila nyatakan berapakah kos penyelenggaraan tahunan yang disalurkan oleh pihak JKR untuk jalan tersebut ?
-
Sila nyatakan apakah perancangan dan piawaian yang diguna pakai oleh JKR dalam konteks pembinaan jalan di luar Bandar dan bendang demi kemudahan dan keselamatan penduduk setempat ?
55) TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan memberi senarai peminjam-peminjam pinjaman pelajaran kerajaan negeri yang masih belum menjelaskan tunggakan mereka serta amaun tunggakannya.
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memungut balik tunggakan-tunggakan ini?
55) MUZIUM NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Bangunan dan kemudahan muzium dilihat uzur berbanding perpustakaan baru Raja Tun Uda. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf muzium negeri dan cawangan lain.
-
Apakah hala tuju dan inisiatif meningkatkan martabat muzium negeri di abad baru ini
55) PELANTIKAN NAZIR MASJID
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Ada beberapa aduan diterima dari masyarakat Islam setempat tentang jawatan Nazir yang dicalonkan berbanding AJK dan pegawai masjid yang dipertandingkan di seluruh negeri Selangor telah dilaksanakan baru-baru ini. Walaupun Kerajaan Negeri mempunyai alasan melaksanakan apa yang terkandung di dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri Selangor tetapi rata-rata pandangan musuh kita tidak bersetuju dengan kaedah pemilihan Nazir yang menurut mereka perlu dipertandingkan dari dipilih oleh Jemaah pemilihan. Ini kerana mereka khuatir Nazir yang dicalonkan melalui mesyuarat khas tersebut tidak dari kalangan mereka. Mohon penjelasan.
55) PERHENTIAN BAS KLANG SENTRAL
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Penyediaan kemudahan dan penyelenggaraan mematuhi peraturan. Bagaimanakah pemantauan MPK kepada pengurusan?
-
Apakah ada pemantauan pihak MPK, JPJ & SPAD bagi memastikan laluan dan menurunkan penumpang mengikut peraturan?
-
Bagaimanakah kemudahan hentian teksi?
55) LESEN PERNIAGAAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Bertulis
-
Apakah piawaian majlis perbandaran/daerah untuk mengeluarkan lesen perniagaan?
-
Sila nyatakan jenis-jenis lesen yang diluluskan oleh PBT negeri Selangor
-
Mengapakah sebahagian daripada peniaga tidak dapat lesen walaupun telah memohon, misalnya penjual daging khinzir dan peniagajual beli kereta terpakai?