54) SELANGOR AGROFEST
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan pengunjung yang hadir ke Selangor Agrofest 2016?
-
Adakah program tersebut mencapai objektif dan membantu golongan petani, penternak dan nelayan?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan SAF setanding dengan ekspo MAHA?
55) PENGUNAAN PANGKALAN DATA KEMISKINAN (E-KASIH)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan kini telah mula menggunakan sistem E-Kasih bagi merancang dan melaksanakan program kemiskinan. Program-program apakah di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang diluluskan permohonannya hanya berdasarkan sistem E-Kasih?
55) SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dan peratusan warga emas Selangor yang mendapat faedah daripada skim ini?
-
Masih ramai warga emas yang merungut tidak menerima apa-apa dari skim ini. Apakah terdapat sebarang masalah pelaksanaan?
55) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Status pengurusan pelupusan sisa pepejal di bawah MPKj selepas Kerajaan Negeri menamatkan perjanjian dengan RDF. i) Rancangan jangka pendek dan panjang untuk mengendalikan sistem pelupusan sampah. ii) Apakah rancangan Kerajaan untuk atasi masalah ini selain daripada penggunaan landfill
55) PERUNTUKAN MEMBAIK PULIH JALAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan peruntukan membaik pulih jalan-jalan di seluruh Negeri Selangor selain daripada peruntukan MARRIS yang diuruskan oleh PBT, memandangkan jumlah aduan yang diterima berhubung penyelenggaraan jalan-jalan semakin meningkat.
55) SELANGOR MOBILITY
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
-
Jumlah penumpang yang telah menaiki Van Demand-Responsive Transit ("DRT") Mobiliti Selangor?
-
Senaraikan taman yang boleh mengakses perkhidmatan DRT ini dari 2023 sehingga kini.
55) MASALAH TANAH BAGAN SEKINCHAN
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini tentang proses permohonan tanah lorong 6 hingga lorong 12 yang telah diluluskan oleh MMKN pada awal tahun 2011?
-
Sila perjelaskan berapakah tempoh masa yang diperlukan oleh PTD dan PTG untuk menyelesaikan segala masalah pewartaan dan teknikal yang berbangkit?
-
Sila nyatakan bilakah para penduduk Bagan Sekinchan yang telah lebih 50 tahun menduduki tanah tersebut dapat mengemukakan permohonan hak milik kepada PTD?
55) KEMPEN HE FOR SHE
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah yang telah dibelanja oleh Kerajaan Negeri dalam penganjuran kempen He for She?
-
Bagaimanakah peruntukan ini dibelanjakan?
-
Adakah kempen ini berkesan? Apakah KPI yang digunakan untuk mengukur keberkesanan?
55) PELABURAN DARI NEGARA TIMUR TENGAH
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi pelaburan yang diterima dari negara-negara Timur Tengah dari tahun 2008 sehingga kini?
-
Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menarik pelabur dari wilayah tersebut?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mempromosikan hub halal sebagai tarikan untuk pelabur-pelabur datang ke negara ini?
55) STATUS KAD PEDULI SIHAT DAN KISS
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila jelaskan statistik jumlah pemohon dan penerima Kad KISS Selangor dan Kad Peduli Sihat bagi setiap peringkat DUN di bawah Negeri Selangor.