54) SEKOLAH AGAMA DAN KAFA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran jumlah guru-guru bergaji dan berelaun di Sekolah Agama Rakyat (-Integrasi) dan KAFA (-Integrasi) di seluruh negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan berapakah kos yang ditampung oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun 2007
-
Berapakah penjimatan yang diperoleh oleh kerajaan negeri Selangor dalam pembiayaan sekolah-sekolah agama setelah menyerahkan pentadbiran 23 buah sekolah agama tadbiran negeri kepada kerajaan Pusat
-
Apakah rancangan kerajaan negeri Selangor dalam meningkatkan kebajikan khususnya terhadap elaun guru-guru KAFA (Integrasi)
54) KONTRAKTOR BUMIPUTRA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Terdapat kes dakwaan syarikat kontraktor Bumiputra dipergunakan untuk meraih kerja- kerja kontrak di PBT dan kontraktor semakin sukar mendapat kerja. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan program tertentu untuk membantu kontraktor Bumiputra?
-
Apakah dengan penamatan kontraktor yang bernaung di bawah Alam Flora Sdn Bhd telah menjejaskan kontraktor Bumiputra?
54) ISU GERAI HARAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Terdapat premis gerai yang diberi lesen walaupun berada di tanah yang tidak sah. Apakah pendirian dan tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini?
54) SERVE SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila terangkan jumlah ahli, tugas dan fungsi SERVE Selangor.
-
Sila terangkan cara penrekrutan ahli-ahli SERVE Selangor serta jumlah elaun yang dibayar kepada setiap individu SERVE ketika berkhidmat.
-
Sila senaraikan sukarelawan-sukarelawan SERVE di sekitar Petaling Jaya.
54) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukkan MARRIS yang digunakan di DUN Bukit Antarabangsa dari Tahun 2018 sehingga 2023? Mohon perincian.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan peruntukan MARRIS dan memperluaskan skop kerja-kerja MARRIS?
54) RANGSANGAN EKONOMI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Kerajaan ada mencadangkan pakej rangsangan ekonomi untuk lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion. Apakah status perancangan dan pelaksanaan lima projek-projek berkenaan dari segi peruntukan, tempoh fasa dan sebagainya iaitu pembangunan semula kawasan bandar, pemulihan Sungai Klang, pengambilan semula aset perkhidmatan air, penaikan taraf pengangkutan awam dan pemulihan projek-projek yang terbiar
54) PEKERJA BERAGAMA ISLAM
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat garis panduan bagi pekerja-pekerja yang beragama Islam untuk memohon bekerja di mana-mana sektor pekerjaan terutama di kelab malam ataupun di kilang membuat minuman keras?
-
Apakah terdapat garis panduan atau tindakan undang-undang terhadap majikan yang tidak membenarkan pekerja islam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam seperti memakai tudung bagi perempuan dan bersolat Jumaat bagi lelaki?
-
Apakah tindakan pihak Jabatan Agama Islam dalam menangani masalah pekerja Islam yang bekerja di kelab malam atau pub yang ternyata dilarang oleh Islam?
54) MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI SAINS
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak kah maahad tahfiz integrasi sains akan di bena di negeri Selangor ini?
54) PERUNTUKAN ADUN SUNGAI BURONG
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butir-butir peruntukan dan perbelanjaan secara terperinci yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada ADUN Kawasan Sungai Burong dalam tahun 2009.
54) MENAMBAH JUMLAH PUNGUTAN SAMPAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri boleh menimbangkan untuk menambah jumlah ke atas pungutan sampah dalam DUN Selat Klang daripada 1 kali sehari kepada 2 kali sehari memandangkan penambahan penduduk dan penambahan pembuangan sampah oleh penduduk-penduduk Selat Klang?