53) MASALAH BAU BUSUK DI TAMAN SRI MANJA, PJS 3, PETALING JAYA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam jangka masa pendek, pertengahan dan panjang untuk menangani masalah pencemaran gas hidrogen sulfida dan methane yang keluar daripada tasik lombong di Taman Sri Manja yang kini berada di tahap berbahaya dan mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan keselamatan?
-
Siapakah akan menanggung kos bagi rawatan dan pemulihan untuk kawasan-kawasan yang terjejas?
-
Adakah penempatan semula penduduk-penduduk akan dipertimbangkan sekiranya situasi menjadi lebih teruk terutamanya apabila sulfur dioksida mengakibatkan masalah kesihatan dan gas methane mungkin akan mengakibatkan pembakaran dan atau letupan pembakaran?
53) SKIM BAS SMART SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaann Negeri membuat kajian keberkesanan skim bas Smart Selangorku dapat meringkankan beban rakyat Selangor yang miskin?
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengkaji menukar bas Smart Selangorku khas menjadi bas sekolah percuma untuk pelajar sekolah?
53) BANTUAN WARGA EMAS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
-
Untuk bantuan warga emas, mengapa tidak diberikan secara terus berdasarkan daftar pengundi tanpa perlu mengisi borang permohonan?
53) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan jumlah peruntukan Penggerak Belia Selangor (PeBS) pada tahun hadapan?
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan prestasi PeBS di setiap DUN?
53) PENSWASTAAN RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
PKNS merancang menswastakan pembinaan 944 unit apartment milik untuk tempoh 2014-2020. Mengapakah ada projek dilaksanakan secara penswastaan?
-
Adakah harga unit-unit ini lebih tinggi berbanding yang dibina oleh PKNS?
53) PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramaikah pelajar yang telah ditukar dari pinjaman kepada biasiswa penuh sejak 5 tahun lepas?
-
Apakah Yayasan Selangor berhasrat untuk mengubah syarat biasasiswa bagi meringankan beban pelajar b40?
53) RIZAB AIR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha konstruktif Kerajaan Negeri bagi meningkatkan jumlah margin rizab air yang rendah bagi menangani jumlah permintaan yang semakin meningkat?
53) SISTEM PENGURUSAN TANAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Task Force Tanah telah pun diberikan peranan untuk memberi cadangan kepada pihak kerajaan negeri. Apakah cadangan yang telah diberikan dan tindakan lanjut daripada pihak kerajaan negeri terhadap cadangan berkaitan?
-
Menurut pekeliling-pekeliling yang telah dikeluarkan, pentadbir tanah telah diberikan kuasa penuh dalam meluluskan permohonan LPS dengan pembubaran Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD). Bagaimanakah Y.A.B. dapat memastikan bahawa permohonan LPS dapat diuruskan dengan lebih bersistem dan telus?
53) GERAN SELANGORKU Ð PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SUKAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pecahan dana RM30 juta ini bagi pembinaan infrastruktur sukan yang baru berbanding dengan menaik taraf infrastruktur sukan yang telah sedia ada?
-
Apakah jenis-jenis infrastruktur sukan yang layak menerima geran ini?
-
Berapakah pecahan yang akan diperuntukkan menurut jenis-jenis infrastruktur sukan di atas?
53) KAWASAN LAPANG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah, menambah baik dan membaik pulih kawasan lapang di kawasan bandar seperti di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam?
-
Berapakah jumlah kawasan lapang yang sudah diwartakan semenjak Mac 2008 sehingga kini? Berikan butir-butir.