53) BAZAR DARUL EHSAN KANCHONG DARAT
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berkaitan isu bazar Darul Ehsan di Kanchong Darat apakah tindakan susulan dari pihak EXCO Pembangunan Usahawan?
53) GANGGUAN AIR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk gazetkan semua bahagian hulu sungai LRA untuk menghalang aktiviti yang memerlukan discaj ke dalam sungai?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengenakan 'development levy' atas sebahagian peratus kepada bil air untuk memantapkan infrastruktur kecemasan air?
53) AIR BNB
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan langkah-langkah atau dasar yang sedang direka oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal selia fenomena AirBnB
53) KUTIPAN TEMPAT PARKIR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah petak parkir dan jumlah kutipan bayaran parkir bagi tiap-tiap PBT dalam keadaan sekiranya PBT tidak terikat dengan perjanjian yang ditandatangani sebelum ini bersama dengan kos pengurusan dan gaji pegawai terbabit, kos dokumentasi seperti notis peringatan, setem dan perbelanjaan menyediakan dokumen pendakwaan (tidak termasuk kes 'halangan')
-
Nyatakan jumlah petak parkir dan jumlah kutipan bayaran parkir bagi tiap-tiap PBT dalam keadaan kini, iaitu PBT terikat dengan perjanjian yang di tandatangani bersama dengan kos pengurusan dan gaji pegawai terbabit, kos dokumentasi seperti notis peringatan, setem dan perbelanjaan menyediakan dokumen pendakwaan (tidak termasuk kes 'halangan')
53) TANGGUNGJAWAB SELCARE DAN STFO
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah tanggung jawab yang diberikan kepada Selcare dan STFO.
-
Sila senaraikan jumlah petugas dan posisi di bawah setiap agensi berkenaan.
53) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kejayaan program pemutihan kilang-kilang haram di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah seterusnya yang akan diambil keatas kilang-kilang haram yang belum mematuhi dasar pemutihan kilang haram oleh Kerajaan Negeri Selangor?
53) INDUSTRI AGRO-TOURISM DAN PELANCONGAN HOMESTAY
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pembangunan industri ‘Agro-Tourism' dan ‘Homestay' dalam kampung-kampung di luar bandar bagi meningkatkan pendapatan dan sumber ekonomi kampung-kampung tersebut?
53) AHLI LEMBAGA ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan wakil-wakil rakyat (MP/ ADUN/ Senator) dan juga ahli majlis PBT serta ketua JKKK yang dilantik sebagai ahli lembaga bagi setiap agensi, badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.
53) PENGENDALIAN LIF
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Di antara permasalahan ÒRumah Pangsa Kos RendahÓ adalah pengendalian lif-lif: Apakah rancangan jangka panjang Kerajaan selain peruntukan membaiki pulih lif-lif yang rosak
-
Di antara puncanya adalah kegagalan ÒJMBÓ dalam pungutan ÒMaintenance FeesÓ dan sikap pengguna lif sendiri, apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah yang berlarutan ini?
53) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah rakyat berpuashati dengan pencapaian dan keberkesanan pelaksanaan Bas Smart Selangor?
-
Berapakah kos pelaksanaan di seluruh negeri? Adakah ianya efektif?
-
Adakah cadangan untuk menambah laluan bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai akses ke pusat bandar?