53) PROGRAM KEUSAHAWAN DIGITAL KEPADA BELIA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan untuk mengadakan program atau kursus berterusan untuk membentuk dan memberi tunjuk ajar dalam ilmu keusahawanan digital kepada belia di setiap DUN?
53) GERAN SELANGORKU Ð PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SUKAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pecahan dana RM30 juta ini bagi pembinaan infrastruktur sukan yang baru berbanding dengan menaik taraf infrastruktur sukan yang telah sedia ada?
-
Apakah jenis-jenis infrastruktur sukan yang layak menerima geran ini?
-
Berapakah pecahan yang akan diperuntukkan menurut jenis-jenis infrastruktur sukan di atas?
53) SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR (SKIMSEL)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah matlamat utama penubuhan SKIMSEL dan faedahnya kepada peniaga secara kecil-kecilan ?
-
Sila nyatakan golongan manakah yang difokuskan untuk diberi bantuan pinjam tersebut dan berapakah caj perkhidmatan yang dikenakan ?
-
Sila nyatakan apakah kaedah pembayaran balik dan cara kutipan tersebut dibuat ?
53) JURUPERUNDING DAN PROGRAM PEMBERDAYAAN WANITA (PWB)
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun:
Kategori: Mulut
-
Senaraikan firma-firma juru perunding yang telah dilantik untuk melaksanakan program ini.
-
Apakah rasional dan track record firma-firma juru perunding yang dilantik?
-
Berapakah yuran perundingan yang dibayar oleh kerajaan negeri kepada firmafirma juru perunding yang dilantik?
53) KAWASAN LAPANG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah, menambah baik dan membaik pulih kawasan lapang di kawasan bandar seperti di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam?
-
Berapakah jumlah kawasan lapang yang sudah diwartakan semenjak Mac 2008 sehingga kini? Berikan butir-butir.
53) TANAH LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah tanah TOL di Selangor mengikut daerah?
-
Nyatakan jumlah pemohon yang telah diluluskan TOL dari tahun 2008 hingga kini mengikut pecahan kaum?
53) KAMPUNG BARU CINA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan ke Kampung Baru Cina sejak Pakatan Rakyat memerintah
-
Apakah rancangan kerajaan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk Kampung Baru Cina
-
Apakah masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Baru Cina
53) PERUNTUKKAN MARRIS
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Jelaskan prestasi perbelanjaan peruntukan MARRIS bagi tahun 2017 oleh jabatan/ agensi masing-masing.
53) SELANGOR SASAR 60% GUNA PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah progres pencapaian sasaran 60% penggunaan pengangkutan awam bagi Negeri Selangor?
-
Nyatakan strategi Blueprint Pengangkutan Awam Negeri Selangor.
53) PENGENDALIAN SUMBER-SUMBER AIR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri dalam empat tahun yang lepas untuk membersihkan sumber-sumber air dalam negeri Selangor dan senaraikan butir-butir projek tersebut. (Nama syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai kontrak)
-
Berapakah jumlah kos yang digunakan oleh kerajaan negeri dalam empat tahun yang lepas untuk membesarkan sumber-sumber air dalam negeri Selangor dan senaraikan butir-butir projek tersebut. (Nama syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai kontrak)
-
Apakah langkah-Iangkah untuk memulihara dan memelihara sumber-sumber air untuk jangka masa dan jangka panjang?