52) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta satu senarai penuh taburan kilang-kilang haram di Daerah Petaling mengikut kawasan DUN dan industri.
-
Berapa banyak kilang-kilang haram ini telah mengemukakan permohonan untuk memutihkan operasi mereka dan apakah masalah-masalah yang dihadapi kerajaan dalam usaha pemutihan ini.
52) STATUS KAFA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Status Sijil Layak menduduki bangunan KAFA. Apakah ada usaha kerajaan untuk memastikan KAFA mempunyai Sijil Layak menduduki?
52) PERTANIAN DALAM BANDAR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pertanian dalam bandar?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi menggalakkan pertanian dalam bandar dari 2014-2017.
52) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukkan yang telah diberikan bagi tujuan projek infrastruktur bagi kawasan Majlis Perbandaran Klang tahun 2011?
-
Senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan.
52) PERODUA JALAN UNIVERSITI, PETALING JAYA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan kronologi tindakan penguatkuasaan terhadap perniagaan tanpa lesen ini.
52) AIR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri tidak akan menaikkan tarif air dalam masa 5 tahun memandangkan rakyat Selangor menghadapi masalah bekalan air?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri akan lakukan untuk memastikan bekalan air mencukupi kepada Rakyat, terutamanya di DUN Teratai?
52) GAJI MINIMA PEKERJA-PEKERJA DI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Tuntutan pekerja-pekerja mengenai gaji minima terus disuarakan oleh persatuan sekerja termasuk di Selangor. Sejauh manakah tuntutan memberi harapan kepada pekerja-pekerja?
-
Dengan taraf hidup di Selangor adalah tinggi, sebanyak mana kira-kira gaji minima yang sesuai bagi pekerja-pekerja di Selangor?
-
Adakah kerajaan Selangor mahu memberi gaji minima kepada pekerja-pekerjanya?
52) PASUKAN TASK FORCE MPK
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Pasukan Task Force pemantauan MPK tidak beroperasi sepenuhnya bagi memantau kerja-kerja pembuangan sampah, pembersihan longkang dan pemotongan rumput di Meru. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak MPK untuk mengatasinya?
-
Adakah kontraktor-kontraktor dilantik dibayar kos mereka walaupun tidak beroperasi dengan baik?
52) PENUBUHAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Apakah sebenarnya tujuan penubuhan PeBT ini?
-
Kenapakah program-program PeST banyak menjuruskan kepada program-program yang telah banyak dilaksanakan oleh NGO-NGO yang lain seperti kempen Go Green dan sebagainya?
-
Adakah PeST tidak langsung terfikir untuk membelanjakan wang sebanyak RM2.8 juta untuk mendekati golongan belia yang bermasalah atau berisiko tinggi dengan membuat program-program pemulihan? Adakah PeST ini dijadikan sekadar untuk mengkaderkan kader demonstrasi jalanan?
52) MESRA USIA EMAS
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik pendaftaran Skim Mesra Usia Emas sehingga sekarang?
-
Apakah strategi yang ada pada Kerajaan Negeri untuk menggiatkan dan menggerakkan pendaftaran skim Mesra Usia Emas di seluruh Selangor?
-
Berapa banyak wang telah dibelanjakan/dibayar oleh kerajaan Selangor melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor?