52) PENUBUHAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Apakah sebenarnya tujuan penubuhan PeBT ini?
-
Kenapakah program-program PeST banyak menjuruskan kepada program-program yang telah banyak dilaksanakan oleh NGO-NGO yang lain seperti kempen Go Green dan sebagainya?
-
Adakah PeST tidak langsung terfikir untuk membelanjakan wang sebanyak RM2.8 juta untuk mendekati golongan belia yang bermasalah atau berisiko tinggi dengan membuat program-program pemulihan? Adakah PeST ini dijadikan sekadar untuk mengkaderkan kader demonstrasi jalanan?
52) MESRA USIA EMAS
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik pendaftaran Skim Mesra Usia Emas sehingga sekarang?
-
Apakah strategi yang ada pada Kerajaan Negeri untuk menggiatkan dan menggerakkan pendaftaran skim Mesra Usia Emas di seluruh Selangor?
-
Berapa banyak wang telah dibelanjakan/dibayar oleh kerajaan Selangor melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor?
52) GRADUAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik pencapaian akademik graduan KUIS dari tahun 2009-2013?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri kepada graduan KUIS yang masih belum mendapat peluang pekerjaan?
-
Nyatakan statistik bilangan graduan KUIS yang diterima bekerja dalam agensi kerajaan dan GLC negeri?
52) PROGRAM TURUN PADANG MB KE SETIAP DAERAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta Menteri Besar memberi keterangan tentang hasil-hasil pertemuan di antara Menteri Besar dengan masyarakat setempat setiap kali Menteri Besar turun padang ke setiap daerah di Selangor.
52) PEJABAT MENTERI BESAR DAN EXCO
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah petugas di pejabat Menteri Besar dan Exco masing-masing
52) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2011
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah program yang akan dilancarkan di bawah Kempen Tahun Melawat Selangor 2011 dan apakah tema utama yang digunakan?
-
Senaraikan jumlah pelancong tempatan serta pelancong asing ke negeri Selangor daripada tahun 2005-2010
-
Apakah badan pelaksana yang ditubuhkan bagi menyelaraskan kempen pelancongan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan ?
52) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada 2008, seramai 13,367 orang pelajar SPM yang mendapat faedah dari PTRS. Sehubungan itu, berapa ramaikah pelajar yang telah lulus dalam SPM selepas menghadiri program ini?
-
Berapakah peratus peningkatan prestasi pelajar SPM selepas menghadiri tuisyen percuma ini?
52) MASALAH BANJIR KILAT DI KAMPUNG BARU AMPANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
-
Adakah perancangan dibuat oleh pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kampung Baru Ampang dalam masa terdekat?
-
Jika ada, bilakah projek ini dijangkakan akan bermula?
52) PEMBINAAN LOJI LANGAT 2
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan Loji Langat 2?
-
Senaraikan kelulusan-kelulusan yang telah dikeluarkan oleh PBT bagi tujuan pelaksanaan projek ini?
-
Apakah halangan-halangan untuk melaksanakan projek ini?
52) Peruntukan Marris Kepada PBT
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Adakah pindaan kepada Garis Panduan Penggunaan Peruntukan MARRIS boleh dilakukan bagi memperluaskan penggunaan peruntukan untuk infrastruktur lain demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan perumahan.